Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tuanku Haminah lancar syiling kenangan 100 tahun Pandu Puteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tuanku Haminah lancar syiling kenangan 100 tahun Pandu Puteri

GIMIK PERASMIAN: Tuanku Haminah (dua kanan) berkenan melancarkan gimik duit syiling kenangan sempena Ulang Tahun ke-100 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPPM 2015/2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), dekat Langkawi, semalam. Hadir sama Rosmah (tiga kiri). — Gambar Bernama

GIMIK PERASMIAN: Tuanku Haminah (dua kanan) berkenan melancarkan gimik duit syiling kenangan sempena Ulang Tahun ke-100 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPPM 2015/2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), dekat Langkawi, semalam. Hadir sama Rosmah (tiga kiri). — Gambar Bernama

LANGKAWI: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah berkenan melancarkan duit syiling kenangan keluaran Bank Negara Malaysia (BNM) sempena ulang tahun ke-100 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di sini semalam.

Pelancaran dilakukan selepas baginda merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPPM 2015/2016 yang turut dihadiri isteri perdana menteri yang juga Yang Dipertua PPPM, Datin Seri Rosmah Mansor di Langkawi International Convention Centre.

Majlis turut dihadiri Raja Puan Muda Perak yang juga Yang Dipertua PPPM Kedah, Dato Seri Diraja Tunku Soraya Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah, Tengku Puan Pahang yang juga Yang Dipertua PPPM Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar serta Ketua Pesuruhjaya PPPM, Normala Baharudin.

Ketika merasmikan mesyuarat tersebut, Tuanku Haminah selaku Penaung Diraja PPPM bertitah bahawa penerapan ilmu, kemahiran dan nilai murni melalui aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pandu Puteri diharap mampu melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber.

Baginda bertitah melalui penerapan nilai murni dan pematuhan pada undang-undang Pandu Puteri, ia mampu melahirkan puteri bangsa yang mampu menempuh pelbagai rintangan dalam menghadapi persaingan semakin mencabar dalam era globalisasi ini.

“Visi persatuan Pandu Puteri ialah menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan, selaras itu PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja, dan dewasa yang berkaliber,” titah baginda.

Sementara itu Rosmah dalam ucapannya berkata dalam memantapkan lagi kewujudannya, Pandu Puteri menyasarkan keahlian yang kini berjumlah 85,000 orang kepada 100,000 menjelang 2017.

“Untuk itu saya amat mengharapkan yang dipertua persatuan cawangan negeri-negeri bekerja keras di peringkat cawangan masing-masing untuk sama-sama memastikan jumlah ini dicapai,” katanya.

Rosmah berkata Pandu Puteri merupakan persatuan terunggul dalam menyediakan platform pendidikan tidak formal kepada para gadis dan remaja wanita dan menerajui perkembangan kepada ahlinya untuk membawa perubahan.

Sehubungan itu katanya penglibatan remaja wanita seharusnya dilebarkan dalam usaha menabur khidmat bakti kepada setiap genap lapisan masyarakat bagi membuktikan badan sukarelawan beruniform terus kekal relevan.

Dalam majlis itu, Timbalan Yang Dipertua PPPM yang juga Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah menerima Anugerah Paduka Srikandi PPPM, manakala Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Kuala Lumpur, Datuk Yeoh Soo Keng menerima Anugerah Srikandi PPPM.

Kedua-dua anugerah disampaikan Tuanku Haminah.

Seramai 228 perwakilan PPPM seluruh Malaysia menghadiri mesyuarat selama empat hari bermula Khamis lalu

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan berkata syiling kenangan tersebut berwarna emas dan perak yang berwarna perak bernilai muka RM10 dan dijual pada harga RM212 sekeping sementara yang berwarna keemasan bernilai RM1 dan dijual pada harga RM10.60 setiap keping.

Ia juga boleh diperoleh bersama dalam satu set yang dijual pada harga RM265. — Bernama






Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1UkuQPq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.