Hi! Welcome Back and Stay Tune! VIDEO : SILAP PILIH MANGSA, PERAGUT DIPAKSA LARI BOGEL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

VIDEO : SILAP PILIH MANGSA, PERAGUT DIPAKSA LARI BOGEL

Ada yang kata apa yang dilakukan oleh wanita ini mungkin boleh memberi kesan buruk kepadanya juga. Yalah, peragut dipaksa lari bogel dan mungkin selepas itu wanita berkenaan akan jadi sasaran untuk balas dendam pula.

Apapun ia adalah pengajaran berguna buat peragut lain. Sebagaimana yang berlaku kepada seorang peragut di Bogota, Colombia, dia nyata tersilap memilih mangsa apabila wanita yang disasarkan membogelkannya sebelum memaksanya berlari di jalan raya.



Memetik sumber beberapa info termasuklah myMetro, rakaman video menunjukkan ‘mangsa’ menarik rambut lelaki itu selepas dia cuba merompaknya mengunakan pisau.


Menerusi sumber rakaman video itu pula, ia bermula dengan wanita terbabit menarik rambut lelaki berkenaan dan menjerit sekuat-kuat hati ke dalam telinganya.
Selepas merampas senjata itu dari pegangannya, wanita itu menyepak lelaki itu beberapa kali sebelum mengosongkan poketnya dan mengarahkannya melutut.
Lelaki itu merayu meminta maaf tetapi tidak diendahkan ‘mangsa’ yang terus menarik rambutnya berulang kali. Malah pada satu ketika wanita itu dilihat memukul kepala lelaki berkenaan.

Sumber : Ammboi.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.