Hi! Welcome Back and Stay Tune! VIDEO : CUBA BANTU LELAKI MAHU BUNUH DIRI TAPI APA YANG BERLAKU ADALAH SEBALIKNYA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

VIDEO : CUBA BANTU LELAKI MAHU BUNUH DIRI TAPI APA YANG BERLAKU ADALAH SEBALIKNYA

Tindakan orang ramai membantu menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan berdiri di atas tiang lampu isyarat bertukar sebaliknya apabila mangsa parah akibat jatuh.

Kejadian berlaku pada Selasa lalu di Changsha, China apabila lelaki berkenaan berdiri di atas tiang lampu isyarat di sebuah jejambat setinggi 10 meter. Pasukan penyelamat cuba memujuk lelaki itu supaya turun, tetapi dia enggan dan mengancam untuk terjun.




Selepas empat jam, pasukan penyelamat memasang tilam udara di bawah lampu isyarat berkenaan dan meminta lelaki itu terjun ke bawah. Bagaimanapun, lelaki itu enggan menyebabkan orang ramai yang berkumpul di atas jejambat berkenaan cuba membantu.

Beberapa rakaman video, menunjukkan seorang lelaki cuba memaksa mangsa terjun dengan menjoloknya menggunakan penyapu, namun percubaannya itu juga gagal.
Selang beberapa minit seorang lagi lelaki muncul dan membawa sebatang paip plastik sepanjang tiga meter. Lelaki itu kemudian memukul mangsa yang berdiri di atas tiang lampu isyarat berkenaan supaya dia jatuh ke bawah.
Secara tiba-tiba lelaki itu berlari dan cuba melompat ke atas jejambat, tetapi terjatuh di atas jalan raya akibat tersasar daripada tilam udara di bawahnya.
Polis memberitahu, mangsa masih hidup, tetapi berada dalam keadaan kritikal akibat cedera parah di kepala dan badan. Katanya, pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu termasuk tindakan orang ramai yang cuba membantu berkenaan.

Sumber : Ammboi.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.