Hi! Welcome Back and Stay Tune! Project Park terbukti unggul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Project Park terbukti unggul

Julang Piala Datuk Dr Stephen Rundi Utom 2016 dengan menewaskan Kemena U19 3-0

// Oleh Abang Ismail Abang Su’ud //

UNGGUL: Skuad Project Park juara Piala Datuk Dr Stephen Rundi 2016 bersama Jenny, Duke (berdiri tengah) serta yang lain.

UNGGUL: Skuad Project Park juara Piala Datuk Dr Stephen Rundi 2016 bersama Jenny, Duke (berdiri tengah) serta yang lain.

BINTULU: Skuad Project Park terbukti unggul apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Dr Stephen Rundi Utom 2016 setelah menewaskan Kemena U19 dengan 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium Mini Bintulu, petang kelmarin.

Ini merupakan kejayaan berganda buat Project Park yang turut merangkul kejuaraan Piala Liga Petronas Bintulu edisi ke-22 yang baharu berakhir 21 Mei lalu.

Babak pertama perlawanan, Project Park memulakan rentak permainan dengan garang mengasak kubu Kemena U19 tanpa kasihan sehingga berhasil menjaringkan gol pertama menerusi Mohd Faizal Sanu minit kelapan.

Tersentak dengan jaringan pihak lawan, Kemena U19 bekerja keras mempertahan gawangnya daripada terus dibolosi sehingga tamat perlawanan babak pertama.

Namun, babak kedua sekali lagi minit ke-78 Project Park menambah jaringan menerusi Judson Alang.

Diikuti gol ketiga cantik diperolehi menerusi sepakan jarak jauh Mohd Saiful Sanu melencong dari penjuru kanan tidak terjangkau penjaga gol lawan menggegar jaring minit ke-80.

Kejuaraan itu melayakkan Project Park membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500, baucar tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan dan medal.

Manakala Kemena U19 selaku naib juara menerima RM1,500, baucar tunai RM700, piala dan medal.

Skuad Bomba merangkul tempat ketiga menerima RM700, piala dan medal.

Kedudukan tempat keempat menjadi milik Suai Bersatu menerima piala dan medal.

Penjaring terbanyak dengan lima gol menerima Anugerah Kasut Emas dimiliki Aldrige Dato (Project Park).

Ketua jurulatih Project Park, Hakbaryzma Drahman berkata sememangnya mereka menyasarkan merangkul dua kejuaraan tahun ini kejohanan Piala Datuk Dr Stephen Rundi dan Liga Petronas.

“Kemenangan ini hasil latihan berterusan semua pemain dan merupakan usaha berpasukan bukan individu.

“Selepas banyak kemenangan diperolehi tahun ini, sasaran kami menyapu bersih semua piala dipertandingkan pada kejohanan tahun hadapan,” katanya ditemui selepas perlawanan.

Beliau berkata, memandangkan Project Park bakal mewakili Bintulu dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) akan datang maka mereka membuat persiapan awal memilih beberapa pemain tempatan berpotensi digabungkan dalam skuad.

Sementara itu, Ketua jurulatih Kemena U19 Jossli Omar berkata ini merupakan penyertaan sulung mereka pada kejohanan bola sepak peringkat bahagian hasil bakat-bakat muda dilahirkan setahun setengah dalam Akademi Bola Sepak Kemena.

“Semangat semua pemain menjaringkan gol dalam perlawanan sebelumnya sehingga mampu ke peringkat akhir itu membanggakan dan saya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) terutamanya penyelaras pembangunan akademi, Mohd Tuah Ismail serta guru-guru SMK Kemena iaitu Ismawi Bujang serta Guru Besar SK Kampung Jepak, Ali Sabri Saber Ali Khan memberi ruang kepada kami bersaing pada kejohanan ini,” katanya.

Hadiah pemenang disampaikan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Jenny Bangga mewakili Menteri Kemudahan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

Turut hadir Presiden BiFA merangkap Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Duke Janteng dan ahli-ahli jawatankuasa BiFA.






Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1UkvfkM

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.