6 Perkara Penting Sebelum Anda Beli Rumah Pertama!
Bukan senang nak miliki rumah sekarang ni, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tak berapa bagus.
Jika ada pasangan muda yang merancang untuk membeli rumah pertama, berikut 11 pesanan yang sangat bermanfaat untuk dikongsikan bersama.
1. Pastikan loan pertama yang anda buat dengan bank adalah loan rumah
Bukan loan kereta. Ini kerana loan kereta akan menyebabkan komitmen anda semakin tinggi dan kelayakan untuk beli rumah semakin berkurangan.
2. Jangan cepat terpengaruh untuk ambik ASB Loan atau Personal Loan
Sebab Loan jenis inilah yang selalunya menjadi faktor yang bank reject loan rumah. Kalau nak ambil ASB Loan juga, pastikan lepas lulus loan rumah, baru lah ambik sekali.
3. Untuk rumah pertama, pastikan beli untuk tujuan pelaburan
Maksudnya anak muda sewakan rumah tersebut kepada orang lain. Pastikan sewa yang diberikan tidak kurang dari bayaran bulanan kepada bank.
4. Elakkan daripada combine nama suami isteri masa beli rumah
Ini kerana, setiap orang hanya layak untuk dapat loan 90% untuk dua buah rumah saja. Kalau rumah ke3, hanya dapat loan 70% sahaja. Ini bermakna, kalau ikutkan rules, sepasang suami isteri akan dapat beli 4 buah rumah. Tapi kalau combine nama, ianya akan jadi 2 buah rumah saja untuk dapatkan loan 90%.
5. Pastikan rekod CCRIS anda BERSIH
Rekod CCRIS adalah satu rekod dari Bank Negara yang mengumpul senarai hutang-hutang kita dengan institusi kewangan di Malaysia. Untuk mudahkan anda buat loan rumah, pastikan anda semak dulu rekod CCRIS anda sendiri.
6. Beli rumah ikut kemampuan. Jangan ikut nafsu
Kadang-kadang kita ini ikut nafsu nak beli rumah besar. Kalau mampu bayar bulanan boleh la beli, tapi jika membebankan, lama kelamaan boleh boleh jadi tertunggak.
Kredit: Facebook Hafizi Zain
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment