Kisah Lelaki 28 Tahun Berkahwin Dengan Nenek 82 Tahun Selepas Berkenalan Menerusi Telefon, Guna 'Mami-Papi' Sebagai Nama Manja
Minahasa, Indonesia – Seorang lelaki, Loho Dandel, 28, tidak pernah menyangka jodohnya adalah seorang wanita, Martha Potu, yang berusia 82 tahun.
Pasangan itu baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu dan kini sudah menjadi pasangan bahagia sehinggakan mereka berdua membahasa ‘mami-papi’ sebagai panggilan manja.
Bercerita tentang perkenalan mereka, Sofian berkata semuanya bermula dengan satu panggilan telefon.
“Setahun lalu, ada panggilan telefon masuk ke telefon saya. Tidak tahu siapa, saya angkat dan kami berkenalan. Bermula dari situ, kami terus berkomunikasi,” kata Sofian.
Perkenalan itu seterusnya mencetus rasa cinta Sofian yang ketika itu bekerja di sebuah bengkel di Kotamobagu.
“Saya belum pernah pacaran sebelumnya. Saya merasa jatuh cinta,” kata Sofian.
Tidak dapat menahan rasa cintanya, Sofian kemudian nekad berjumpa Martha di Lelama namun Sofian terkejut apabila pertama kali memandang buah hatinya itu.
“Saya tidak tahu kalau Martha sudah setua ini. Namun, kami merasa benar-benar jatuh cinta, dan sepakat melanjutkan hubungan ini,” ujar Sofian.
Bagaimanapun, perasaan cinta yang tidak berbelah bahagi antara Sofian dan Martha menyebabkan kedua-dua mereka nekad untuk melangsungkan perkahwinan.
Sofian kemudian menyampaikan hajat pernikahannya itu kepada kedua orang tuanya lalu mengajak mereka pergi melamar Martha tanpa memberitahu usia calon insterinya itu.
“Kami tidak tahu calon isterinya seorang nenek. Sangat terkejut waktu itu, tetapi nak kata apa. Kami lihat mereka saling menyayangi, ya kami setuju saja dengan pilihannya. Jodoh kan urusan Tuhan,” ujar ibu Sofian, 60.
Kisah manis hubungan dua pasangan itu menjadi viral di media sosial Indonesia sehingga banyak foto perkahwinan pasangan itu dikongsi di Facebook.
Martha berkata, suaminya meninggal dunia 10 tahun lepas. Martha tinggal bersendirian di rumahnya kerana kedua-dua anaknya berada di Jerman dan Arab Saudi.
“Saya terus berdoa kepada Tuhan, jika masih diizinkan dan diberi kesempatan, saya meminta ada pendamping yang boleh mengurus saya pada usia tua ini. Tak menyangka, Tuhan mengutus Sofian,” kata Martha.
Sumber: Kompas
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kEO4Hd✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment