Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abang Tiri Kim Jong Un Dibunuh Di KLIA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abang Tiri Kim Jong Un Dibunuh Di KLIA

SEOUL – Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara dibunuh di Malaysia semalam, lapor Reuters.
Kim Jong Nam, 45, abang tiri kepada Kim Jong Un dilaporkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, selepas diracuni oleh dua ejen perempuan dipercayai ejen Korea Utara, semalam. 
Difahamkan Reuters mendapat laporan itu dari sumber kerajaan Korea Selatan, namun belum memberikan maklumat lanjut.
Lapor stesen televisyen Korea Selatan, Chosum berkata, dua ejen terbabit membunuh mangsa dengan hanya menggunakan jarum beracun sebelum melarikan diri menaiki teksi. 
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan seorang lelaki Korea ditemui sakit di KLIA semalam, sebelum dihantar ke hospital namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan. 
“Kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai lelaki Korea ini dan kami belum mengesahkan identitinya,” katanya. – The Reporter






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.