PKNP Tidak `tempang' Jumpa Kelantan
KETUA Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim. – Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
IPOH: Jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim, menghela nafas lega kerana dapat menurunkan empat tonggak apabila melayan kunjungan Kelantan dalam aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Perak, malam ini.
Empat tonggak itu ialah pemain import, Gilberto Valdenesio, G Mugenthiren, Norhizwan Hassan dan Mohd Ezanie Mat Salleh yang terpaksa disisihkan ketika pertemuan dengan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana, Jumaat lalu.
Valdenesio, Mugen dan Norhizwan direhatkan kerana cedera manakala Ezanie digantung perlawanan.
“Kekuatan pasukan kembali seperti asal dengan kehadiran semula pemain terbabit. Jadi, saya harap kami mampu memberi saingan kepada Kelantan malam ini.
“Ketiadaan Valdenesio dan Mugenthiren nyata menjejaskan jentera serangan pasukan ketika seri 0-0 dengan Kuala Lumpur empat hari lalu.
“Saya harap Valdenesio berupaya membimbing rakan lain untuk menggempur pelawat,” katanya.
Begitupun, Bakar sedar laluan sukar menanti anak buahnya dalam pertemuan dengan barisan Zahasmi Ismail yang sudah menunjukkan kehebatan apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan Liga Super.
“Memang berat tetapi bukan mustahil. Saya harap pemain tidak gentar dan terlalu menghormati lawan hingga tidak boleh memperagakan aksi sebenar masing-masing,” katanya.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment