Dron Untuk Membawa Penumpang Akan Digunakan Di Dubai Bermula Julai Ini
Dubai boleh dikatakan sering hadir dengan pelbagai inovasi dan integrasi teknologi dalam persekitaran mereka. Terkini, mereka telah mengumumkan yang mana akan mula mengguna-pakai dron membawa manusia dari satu lokasi ke lokasi lain sekitar Dubai bermula bulan Julai 2017 ini.
Dron yang akan digunakan adalah EHANG 184 yang dikawal secara automatik, dan boleh terbang pada jarak sehingga 50 kilometer dengan sekali pengecasan penuh. Dron ini atau mungkin turut dipanggil ramai sebagai “pengangkutan terbang” boleh bergerak pada kealjuan sehingga 160km/j. Tetapi, ia dijangka akan menggunakan kelajuan sekitar 100km/j secara purata untuk menghantar penumpang.
Daripada video promosi, ia dilihat pengguna boleh membuat kawalan seumpama Uber, dan dron berkenaan akan hadir dan menuju ke destinasi yang ditetapkan. Ia boleh membawa penumpang sehingga 100kg, selain sebuah beg kecil bersama-sama dengannya.
Dubai menyasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan berkenaan seawal bulan Julai 2017 ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ks4r4J
Post a Comment