Hi! Welcome Back and Stay Tune! Operasi Perkhidmatan Teksi Motosikal Dego Ride Dihentikan Sementara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Operasi Perkhidmatan Teksi Motosikal Dego Ride Dihentikan Sementara

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride telah memberhentikan operasinya menghantar penumpang sejak petang tadi susulan amaran daripada Kementerian Pengangkutan untuk menghentikan perkhidmatan itu.

Namun, pengasas dan ketua pegawai eksekutif  Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata perkhidmatan penghantaran barang masih diteruskan.

“Operasi Dego Ride telah dihentikan untuk seketika. Kami telah memberitahu semua ‘rider’ kami sekitar 5.30 petang kerana kami tidak mahu penunggang melanggar undang-undang, susulan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan.”

“Walau bagaimanapun, ada segelintir (penunggang) ditangkap kerana platform kami turut digunakan untuk buat tempahan penghantaran barangan di Lembah Klang.”

“Justeru itu, kami tidak boleh tutup platform tersebut secara sepenuhnya,” kata Nabil di Hari Ini 8.

BACA: Dego Ride: Tiga disaman JPJ

BACA: SPAD tiada kuasa kekang Dego Ride

Kementerian Pengangkutan sebelum ini berkata bersedia untuk berjumpa dengan pihak Dego Ride bagi membincangkan perkhidmatan dan operasi syarikat tersebut.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dego Ride diberi masa seminggu untuk tampil mengadakan pertemuan bersama pihaknya di Kementerian Pengangkutan.

Tambah Nabil, dia telah melakukan langkah pertama berjumpa dengan Ketua Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron hari ini susulan tiga pemilik motosikal yang menyediakan perkhidmatan menerusi Dego Ride disaman.

Selain itu, Nabil berkata akan terus berhubung dengan pihak berkepentingan untuk menyelesaikan isu-isu yang tercetus daripada perkhidmatan teksi motosikal seperti aspek keselamatan dan perlindungan insurans kepada penumpang.

“Perkhidmatan kami sama seperti Grab and Uber dari segi model bisnes. Dari segi insurans, kita perlu ke pihak kerajaan dahulu. Perkara ini perlu dibawa ke kabinet di mana kenderaan motosikal perlu disenaraikan sebagai kenderaan komersial.”

“Selepas undang-undang diperkenalkan, syarikat insurans boleh keluarkan insurans yang sebetulnya. Kita akan melakukan langkah-langkah tersebut dalam tempoh yang akan datang,” kata Nabil.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.