Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala FA: Sarawak Pesta Gol Belasah MISC-MIFA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala FA: Sarawak Pesta Gol Belasah MISC-MIFA

MATEO Roskam (tengah) cuba melepasi pemain pertahanan MISC-MIFA dalam perlawanan Piala FA di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching. – Foto Che Rani Che Din

PETRA JAYA: Sarawak berpesta gol membelasah pasukan MISC-MIFA, 6-3 dalam saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Negeri, Kuching di sini, yang berakhir sebentar tadi.

Skuad Bujang Senang membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Mark Andrew Hartmann yang menyempurnakan sepakan dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran Tommy Mawat.

Jaringan kedua menyusul menerusi Mateo Roskam, 13 minit selepas itu, sebelum pertahanan kebangsaan Ronny Harun mengambil giliran pada minit ke-34 untuk meletakkan kedudukan Sarawak selesa 3-0 di depan.

MISC-MIFA cuba bangkit selepas itu, namun sentiasa buntu. Sebaliknya, Roskam tampil sekali lagi untuk menghadiahkan gol keempat buat skuad Bujang Senang.

Ketika skuad kendalian Jacob Joseph cuba bangkit, mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Satheskumar Vingkatasin dilayangkan kad merah apabila didapati bersalah mengasari Mohammad Hafiz.

Keceriaan Sarawak bagai direntap dengan jaringan pertama MISC-MIFA pada minit ke-56 menerusi kapten pasukan, Ooi Shee Keong bagi memecah kebuntuan tetapi Hartmann menambah koleksi gol Sarawak untuk terus selesa dengan kedudukan 5-1.

Kesilapan pertahanan Bujang Senang mengundang padah apabila pengadil perlawanan menghadiahkan dua sepakan penalti kepada MISC-MIFA selepas itu.

Peluang keemasan itu dimanfaatkan pemain import pelawat, Micheal Chukwubunna Ijezie untuk merapatkan defisit gol kepada 5-3.

Tersentak dengan dua gol MISC-MIFA itu, Sarawak kembali membuat percaturan baharu dan strategi David Usop terbukti berhasil apabila Hartmann melengkapkan hatrik untuk membantu skuad Bujang Senang mencetak kemenangan bergaya 6-3 dalam pesta gol itu.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.