Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Minum Susu Ketika Serangan Gastrik Berkemungkinan Besar Akan Jadikan Sakit Semakin Teruk' – Doktor Ini Kongsi Apa Yang Patut Dibuat Jika Diserang Gastrik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Minum Susu Ketika Serangan Gastrik Berkemungkinan Besar Akan Jadikan Sakit Semakin Teruk' – Doktor Ini Kongsi Apa Yang Patut Dibuat Jika Diserang Gastrik

Kebiasaannya, petua yang akan dilakukan oleh seseorang sekiranya itu diserang gastrik adalah dengan meminum susu.

Bagaimanapun, menurut seorang doktor yang menggunakan akaun Twitter @drwaque, meminum susu semasa serangan gastrik berkemungkinan besar akan menjadikan sakit semakin teruk.

Minum susu semasa serangan gastrik berkemungkinan besar akan menjadikan sakit semakin TERUK. Susu menggalak perembesan asid. #Petua&Sains” tulis beliau di Twitter.

Dalam masa yang sama, DrSazOne juga turut menasihati pesakit agar meminum Gaviscon dan air kosong sahaja.

Ketika serangan minum Gaviscon & air kosong sahaja. Teh tarik pun ada susu tau.

Namun DrSazOne berkata, biarpun begitu, susu bukanlah sesuatu yang negatif dan pengambilannya hanya tidak digalakkan ketika serangan gastrik sahaja.

Semasa serangan gastrik je jangan minum. Pesakit gastrik jika tidak kena serangan boleh minum susu. Banyak khasiat susu.

DrSazOne atau nama sebenar beliau, Dr Sazwan Reezal, adalah pakar perubatan kecemasan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan merupakan salah seorang dari ahli MedTweetMY yang aktif di Twitter.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.