Rekod Buruk Temu Barcelona Hantui Emery
PARIS: Pengendali Paris Saint Germain (PSG), Unai Emery terdesak untuk memperbaiki rekod peribadinya ke atas Barcelona ketika melayan kunjungan kelab Catalans itu pada pusingan pertama 16 terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi esok.
Jurulatih dari Sepanyol itu dibawa masuk tahun lalu bagi menggantikan Laurent Blanc dengan harapan besar mampu membawa PSG ke tahap lebih baik dalam saingan peringkat Eropah selepas empat kali berturut-turut cabaran mereka tersekat di suku akhir.
Tetapi mereka yang sekadar menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga kedua di belakang Arsenal berdepan undian sukar di peringkat kalah mati.
Jadi PSG tiada pilihan selain menewaskan juara Sepanyol itu dengan aksi timbal balas di Camp Nou bulan depan sekiranya mahu melangkah ke suku akhir sekali lagi dengan mereka juga bakal kehilangan khidmat Thiago Silva awal pagi esok.
Berdasarkan rekod, Emery yang membimbing Sevilla meraih kejuaraan Liga Europa tiga kali berturut-turut pernah menentang Barcelona 23 kali sepanjang karier kejurulatihan tetapi malangnya hanya menang sekali ke atas gergasi Sepanyol itu ketika saingan La Liga musim lalu.
“Bagi saya ini peluang terbaik,” kata Emery. “Ia detik penting musim ini kerana ia adalah saingan Liga Juara-Juara dan objektif kelab cukup jelas.
“Kami menentang pasukan terbaik di Eropah dan juga dunia. Saya pikul tanggungjawab tetapi kami perlu lebih positif, yakin terhadap pasukan dan kemampuan sendiri.”
PSG kini berada pada tahap terbaik selepas memulakan 2017 dengan cemerlang selepas menang 10 kali dan sekali seri dalam 11 perlawanan yang diharungi. – AFP
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>






Post a Comment