Biarlah Gaji Sedikit Tetapi Berkat
Gaji besar atau banyak mana sekalipun, jika seseorang pekerja itu tidak jujur, culas dan menyalahgunakan kuasa, akan hilang keberkatan dalam gajinya. Sebab itu kita banyak mendengar keluhan atau rungutan dari rakan-rakan sekerja dalam apa jua sektor sekalipun yang gaji mereka tak cukup walaupun sudah mencecah lima angka.
Kerjalah teruk macam mana pun, buat overtime (OT) sampai malam atau hujung minggu, gaji tetap tak cukup. Bila tidak cukup, mulalah menunding jari pada majikan, penyelia dan yang sewaktu dengannya. Sedangkan mereka terlupa untuk muhasabah diri bahawa apa yang dilakukan mereka pada waktu kerja itu berkat atau tidak.
Semoga perkongsian dari Doktor Mohd Fadhli ini dapat membuka hati anda semua untuk berubah menjadi pekerja yang mementingkan keberkatan gaji. InshaAllah.
Gambar hiasan sahaja | Google Images |
Secara literal kita mengukur gaji kita melalui angka yang kita perolehi pada setiap hujung bulan sahaja. Tetapi kenapa ada yang bergaji RM5,000 tapi tak mampu menyimpan, manakala yang bergaji RM2,000 pula mampu menabung untuk masa depan?
Apabila tiada keberkatan gaji, datanglah bermacam-macam dugaan. Walau gaji besar, dicampakkan ke dalam hatinya nafsu untuk bergaya dan joli merata-rata. Kereta mahal tetapi sering rosak kena baiki.
Antara perkara yang tidak patut dibuat untuk mengelakkan hilang keberkatan gaji ialah:
- Claim OT hujung minggu tapi datang punch-in card pagi, kemudian lepak di rumah. Petang kemudian datang semula untuk punch-out card.
- Claim OT weekdays, konon balik lambat tapi sebenarnya saja masuk lambat sejak lunch tak masuk-masuk. Lewat petang baru punch-out card. Dapat claim sejam dua jadilah.
- Claim mileage pergi site, tetapi sebenarnya tak pergi pun. Siap claim pergi site yang sama 2-3 kali sehari.
- Masuk kerja punch-in lambat, alasannya pagi-pagi pergi site dulu dan buat kerja di sana. Padahal tak pergi pun sebenarnya.
- Jam 12 tengah hari dah keluar rehat. Kemudian masuk kerja semula jam 4. Mentang-mentanglah boss tak perasan.
- Jam 8 pagi keluar sarapan, jam 10 pagi minum pagi, jam 12 makan tengah hari, jam 3 petang minum petang. Setiap kali keluar paling awal pun sejam baru muncul semula.
- Jadi penguatkuasa, kawtim duit dengan peniaga atau pengusaha agar tak diambil tindakan.
- Takpun sabotaj peniaga atau pengusaha atau orang awam. Kemudian dakwa mereka bersalah dan mahu kenakan tindakan. Kalau nak lepas, faham-faham sendiri saja.
- Claim pergi site banyak kali tetapi laporan atau bukti pergi site langsung tak ada. Kerja tak siap juga, tetapi claim berhelai-helai muka.
- Hujung bulan claim beribu-ribu sehingga 2-3 kali ganda gaji. Itu belum masuk income kawtim lagi. Kalah gaji boss sendiri.
Duit tepi dan OT ini digunakan untuk membeli kereta mewah dan buat personal loan banyak-banyak. Kemudian berlagak dan memandang rendah pada boss yang gred lebih tinggi, tapi masih guna Perodua Kenari.
Kalau gaji haram dan tak berkat, akhirnya kantoi juga nanti. Kau dapat berjuta-juta duit haram, walau cukup 7 generasi, Allah campakkan perasaan tamak agar kau terus terjerumus hingga 100 juta kemudian kantoi di dunia. Itu baru hukuman dunia.
Kalau rasa tercuri masa semasa bekerja, gantikan semula masa yang dicuri itu. Contohnya jika terbuat perkara peribadi selama dua jam ketika waktu kerja, gantikannya dengan melakukan kerja hakiki di rumah selama dua jam juga atau balik lambat dua jam tanpa claim OT. Apapun, curi itu tetap salah.
Kalau rasa terlebih bayar, banyakkan sedekah. Biarlah gaji sedikit tetapi berkat, kerana yang berkat itu membuatkan kita merasa cukup dengan apa yang ada.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment