Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cooler Master Mengumumkan Papan Kekunci Edisi Terhad – MasterKeys Pro L RGB Crystal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cooler Master Mengumumkan Papan Kekunci Edisi Terhad – MasterKeys Pro L RGB Crystal

Cooler Master merupakan sebuah jenama yang terkenal dengan penyejuk CPU dan unit bekalan kuasa. Bukan itu sahaja, mereka juga dikenali untuk pelbagai aksesori komputer memfokuskan permainan video, seperti papan kekunci, tetikus dan juga fon kepala.

Terkini, syarikat teknologi dari Taiwan tersebut baru sahaja mengumumkan ketersediaan papan kekunci terbaru mereka, Cooler Master MasterKeys Pro L RGB Crystal, yang merupakan sebuah papan kekunci gaming edisi terhad.

Papan kekunci MasterKeys Pro L RGB Crystal ini hadir dengan lampu LED RGB yang mampu memancar sebanyak 16.7 juta jenis warna ke dalam keycap. Keycap ini juga lutsinar, dan membolehkan cahaya dari LED-LED menerangi papan kekunci ini dengan lebih baik.

MasterKeys Pro L RGB Crystal Edition

Jika anda tertanya-tanya apa yang membuatkan papan kekunci ini sebuah gaming keyboard, jawapannya terletak dalam cip pemprosesan ARM Cortex-M3 32-bit yang membolehkan anda merakamkan kod makro yang menyimpan suatu siri urutan tekanan kunci yang kompleks pada satu kekunci.

Dalam pada itu, anda juga boleh menggunakan perisian khas dari Cooler Master untuk menukar mod pencahayaan, seperti Color Wave, Breathing, EQ, Snake dan Ripple.

Papan kekunci MasterKeys Pro L RGB Crystal Edition kini boleh dibeli di kedai-kedai aksesori komputer pada harga RM629.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kNichR

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.