Hi! Welcome Back and Stay Tune! KL ATCC Jadi Mercu Tanda Penting Industri Penerbangan Awam Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KL ATCC Jadi Mercu Tanda Penting Industri Penerbangan Awam Negara

SEPANG: Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) yang dijangka siap pada hujung tahun 2019 bakal menjadi satu lagi mercu tanda penting dalam industri penerbangan awam negara sekali gus membentuk sebuah lagi detik penting dalam  transformasi negara.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, projek KL ATCC yang menelan belanja RM650 juta, apabila siap dibina, akan merupakan titik permulaan pelaksanaan penstrukturan semula Ruang Udara Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur Flight Information Region (KL FIR).

“Penstrukturan semula ruang udara KL FIR ini akan membolehkan KLIA untuk berupaya beroperasi pada tahap maksima melalui operasi tiga landasan secara serentak. KLIA ialah satu-satunya lapangan terbang di rantau ini yang mengendalikan tiga landasan.

“Operasi secara serentak ini disasarkan dapat mempertingkatkan kapasiti landasan di KLIA secara keseluruhannya dari 78 kepada 108 pergerakan pesawat sejam, yang merupakan antara tertinggi di dunia,” ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Kompleks KL ATCC di KLIA.

BERITA LANJUT MENYUSUL





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.