"Tangan Saya Gosok Perut Untuk Jinakkannya," Dicerca Dan Dituduh Cuba Pegang Anu Tapir Oleh Netizen, Pencinta Haiwan Luah Rasa Kecewa
Lumrah zaman media sosial sekarang, pantang lihat apa yang orang lakukan sikit semua tak kena, semua akan dikutuk sesuka hati, contoh hari itu muatnaik gambar peluk emak sendiri pun ada orang hentam cakap tak elok dedah dikhalayak ramai.
Itulah dunia kini, begitu juga kes terbaru terjadi kepada seorang pencinta haiwan apabila dia telah memuatnaik beberapa keping gambar dan video yang memaparkan aksinya bermanja dengan seekor tapir jantan.
Aksinya tidur disebelah tapir sampil menggosok bahagian perut berhampiran alat kelamin haiwan berkenaan telah membuatkanya dicerca oleh segelintir netizen kononnya beliau cuba memegang kemaluan haiwan berkenaan sehingga menyuruh beliau membuang tudung.
Ini hanyalah segelintir cercaan terhadapnya, keadaan ini menyebabkan beliau dan pencinta haiwan lain melahirkan rasa kecewa kerana mereka tidak faham setiap haiwan ada tempat yang berlu dibelai untuk membuatkan mereka tenang, juga seperti membelai seekor kucing.
Berikut adalah penjelasan beliau.
Aksi yang dilakukannya adalah aksi biasa yang dilakukan oleh pencinta haiwan yang lain termasuk yang selalu kita lihat di kaca televisyen, namun ada mungkin kerana terlihat anu tapir orang berkenaan tetiba menjadi ‘keyboard warrior’ yang hebat.
Berikut adalah video yang turut dimuatnaik oleh beliau dimana dia sedang melayan kerenah haiwan berkenaan.
Apa yang boleh cakap, semakin hari pemikiran segelintir orang kita makin parah, apa yang dilakukan bagi mereka semua akan dinilai dengan negatif. – Siakapkeli.my
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment