Hi! Welcome Back and Stay Tune! Annuar Mungkin Tarik Diri – Yusoff - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Annuar Mungkin Tarik Diri – Yusoff

DATUK Mohd Yusoff Mahadi dan Tan Sri Annuar Musa (gambar kecil). – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

MELAKA: Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi, tidak menolak kemungkinan Tan Sri Annuar Musa akan mengikut jejak Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menarik diri bertanding jawatan presiden badan induk itu.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) berkata, ini kerana Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu pernah membuat kenyataan mengakui Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai tokoh paling sesuai dan layak untuk memegang jawatan terbabit.

“Pada saya Annuar mungkin mengambil tindakan sama dengan Khairy (menarik diri) untuk memberi ruang kepada TMJ menerajui kepimpinan FAM.

“Malah tidak mustahil Annuar boleh bekerjasama dengan pemilik JDT itu selain menyumbang idea dan kepakarannya untuk faedah bola sepak Malaysia,” katanya.

Sebelum pengesahan penerimaan pencalonan ditutup pada jam 5.30 petang semalam, Khairy mengesahkan menarik diri daripada bertanding kerusi panas itu.

Khairy berkata, keputusan itu dibuat bagi memenuhi janjinya untuk memberi laluan kepada TMJ menerajui FAM.

Keputusan itu bermakna pertandingan merebut jawatan itu membabitkan pertarungan satu lawan satu antara Annuar dan Tunku Ismail selepas seorang lagi calon, Tan Sri Aseh Che Mat juga menolak pencalonannya.

Bagaimanapun, calon yang bertanding boleh menarik diri sebelum kongres yang dijadualkan 25 Mac ini.

Yusof yang mengetuai delegasi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bagi mendapat perkenan baginda membenarkan Tunku Ismail bertanding berkata, keputusan Khairy menarik diri itu membuktikan Menteri Belia dan Sukan berkenaan berpandangan jauh dan berani.

“Saya percaya keputusan itu juga didorong dengan keinginan tinggi untuk melihat perubahan bola sepak negara di bawah teraju Tunku Ismail,” katanya.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.