Hi! Welcome Back and Stay Tune! Resepi Rendang Ayam Padang Sedap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Resepi Rendang Ayam Padang Sedap

Selamat datang di blog resepi masakan melayu hari ini saya ingin kongsikan resepi rendang ayam padang. rendang memang makanan yang banyak di gemari oleh banyak orang kerana rasanya yang sedap dan saya juga termasuk penggemar dari rendang.

beberapa bulan lepas sebenarnya saya sudah kongsikan resepi rendang ayam minang yang boleh anda jadikan rujukan untuk mencuba resepi lainya. rendang adalah makanan yang berasal dari Padang, Indonesia. tapi kerana Malaysia amat berdekatan dengan kota padang akhirnya makanan ini boleh masuk ke negara ini. saya sendiri tak tahu sejak kapan makanan ini menjadi popular di negara kita.

Resepi Rendang Ayam Padang

Resepi Rendang Ayam Padang

rendang itu banyak macamnya ada rendang daging, rendang telur ayam dan lain-lain. sebenarnya bahan yang digunakan untuk membuat rendang ayam padang sama sahaja dengan untuk buat resipi rendang lainya.

yang berbeza mungkin hanya bahan utama seperti ayam, telur, atau daging lembu. resepi yang akan saya share ini saya dapat dari kawan saya yang asli dari padang, jadi pastilah sedap. bila anda menyediakan makanan ini untuk keluarga pastilah semua keluarga anda akan sangat suka.

resepi ini juga sudah saya cuba sendiri dan saya dengan ikhlas hati mengizinkan sesiapa sahaja yang ingin berkonsgi resepi ini dan jangan lupa untuk memberikan komentar dibawah ya. jom kita layan resepinya dibawah.

Bahan-Bahan

  • ayam segar 1 kg – bersihkan, potong mengikut selera dan cuci bersih
  • 4 – 5 biji kentang – potong 4 bahagian
  • 100 gram kelapa parut – sangrai
  • 2 cawan santan pekat 
  • 5 cawan santan cair
  • 110 gram cili kering
  • 15 – 20 biji cili merah – boleh kurangkan bila tak suka pedas
  • 12 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawnag putih
  • 5 lembar daun limau
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 1 1/2 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 sudu gula merah
  • 2 batang serai
  • 2 buah asam kandis
  • 2 sudu ketumbar
  • 1/2 sudu merica
  • garam secukupnya
Cara Penyediaan
1. mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas, cabai merah, ketumbar, halia, gula merah dan garam hingga menjadi halus. kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis bumbu kisar tadi hingga naik bau.
2. bila sudah naik bau masukan santan cair kemudian kacau hingga rata. lepas tu masukan serai, daun limau, asam kandis, dan kunyit. kacau hingga rata dan biarkan sekejap.
3. masukan ayam yang sudah dibersihkan tadi dan masak menggunakan api sederhana sambil kacau kembali agar bumbu meresap ke dalam ayam.
4. bila ayam sudah empuk masukan kentang, kacau rata dan masukan santan pekat bersama kelapa parut yang sudah di sangrai tadi. kacau dan biarkan hingga bumbu meresap ke dalam ayam
5. akhir sekali, bila sudah masak angkat dan hidangkan.
bagaimana mudah sahaja kan resepi rendang ayam padang yang saya kongsikan dan bila anda berkenan boleh share dengan klik sosial media dibawah. sampai jumpa di entry sedap selanjutnya.

Postingan terkait:





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.