Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yayasan Real Madrid Sedia Latih Remaja Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yayasan Real Madrid Sedia Latih Remaja Malaysia

DUTA Real Madrid dan Real Madrid Foundation Asia serta lagenda bola sepak, Roberto Carlos menunjukkan kemahiran menimbang bola kepada peserta klinik bola sepak selepas hadir pada program klinik bola sepak oleh The Real Madrid Foundation di Epsom Collage, Nilai. – Foto Hazreen Mohamad >

NILAI: Golongan muda di negara ini, berpeluang menimba ilmu bola sepak bersama Yayasan Real Madrid yang akan mengadakan klinik sukan itu di sini, Julai ini.

Klinik yang akan dikendalikan oleh jurulatih profesional dari yayasan kelab bola sepak terkemuka dunia itu, terbuka kepada lelaki dan perempuan, diadakan di Epsom College in Malaysia (ECiM) di Bandar Enstek di sini.

Pengarah Projek Yayasan Real Madrid Malaysia, Andres Muntaner, berkata klinik itu terbuka kepada mereka yang berusia antara 11 sehingga 17 tahun yang bercita-cita tinggi dan berminat untuk belajar permainan terkenal di dunia itu.

Katanya, klinik itu terbahagi kepada dua sesi, iaitu sesi pertama bermula pada 23 Julai selama seminggu, dan sesi kedua pada 5 Ogos bagi tempoh sama.

“Klinik ini bertujuan untuk menggalakkan nilai positif dalam bola sepak seperti semangat kepemimpinan, kerja berpasukan, hormat dan merendah diri.

“Nilai ini mampu membantu perkembangan fizikal, mental dan emosi peserta yang menyertai klinik itu,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Klinik Yayasan Real Madrid Malaysia di ECiM, di Bandar Enstek di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pentadbir ECiM yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes dan Duta Yayasan Real Madrid, Roberto Carlos.

Muntaner berkata, peserta klinik itu akan mendapat ilmu daripada jurulatih yang sama melatih pemain bola sepak terkenal Real Madrid, termasuk Christiano Ronaldo, Gareth Bale, James Rodriguez, Toni Kroos dan Sergio Ramos.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.