(Terkini) Polis Sahkan Lelaki Warga Korea Yang Mati Di KLIA Adalah Abang Tiri Kim Jong Un
14 Feb – Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara sah mati dibunuh di KLIA, lapor BBC.
Pengesahan itu tiba selepas terdapat beberapa laporan media berkata Kim Jong-nam mati dibunuh semalam oleh dua wanita di lapangan terbang itu.
Menurut BBC, pengesahan itu dibuat oleh satu sumber rapat dengan pejabat Perdana Menteri Malaysia dan kini mayatnya sedang dibedah siasat.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, mengesahkan lelaki Korea Utara yang meninggal dunia di KLIA adalah Kim Jong-nam.
“Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu berada di KLIA pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, semalam.
“Bagaimanapun, belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita,” katanya.
“Selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.
“Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia,” katanya
Sumber: BBC, Twitter Astro Awani, Sinar Harian
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment