Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ceritalah ASEAN – Poklong Anading: Menemui Seni Dalam Kekecohan Bandar Manila - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ceritalah ASEAN – Poklong Anading: Menemui Seni Dalam Kekecohan Bandar Manila

POKLONG ANADING yang berusia empat puluh satu tahun merupakan seorang seniman Filipina yang berambut kusut dan bersifat pemalu. 

Beliau tinggal di sebuah kawasan perumahan bersama golongan pelukis dan pereka yang lain di sebuah kejiranan di Cubao – yang terletak lebih kurang sepuluh kilometer dari Makati dan Bonifacio Global City yang dipenuhi ngarai keluli dan kaca. 

Kawasan di bawah studionya yang tersusun dan beraura zen dipenuhi oleh rumah-rumah ala-Dickensian dan bengkel-bengkel seni. 

Rumah-rumah dan bengkel-bengkel ini kelihatan huru-hara: dipenuhi dengan manusia, papan, batang besi, tin cat dan tong besar yang berisi resin. 

Kelihatan sekumpulan pereka yang gigih berkarya, menggilap dan menyimpan segala jenis kerja seni dan ukiran mereka sehingga lewat malam. 

Anonymity merupakan satu projek fotografi yang dimulakan oleh Poklong Anading pada 2004. Bila diminta potretnya, Poklong berkongsi gambar dirinya ini yang diambil oleh rakan artis Manila, MM Yu. Gambar MM Yu.

Dipaparkan dalam buku “No Chaos, No Party: 28 Artists in Metro Manila” (projek oleh Valeria Cavestany yang disunting oleh Eva McGovern-Basa) dan turut terlibat dalam Pameran Seni Filipina 2017 yang sedang berlangsung, Poklong telah muncul sebagai salah seorang seniman di Republik ini yang terhebat dengan bakat seni yang cukup luar biasa. 

Dilatih di University of the Philippines di bawah didikan mendiang Roberto Chabet (seniman konsep merangkap pentadbir dalam pembelaan seni), Poklong merupakan salah seorang anak didik maestro ini yang paling hebat. 

Namun, berbeza daripada majoriti artis Filipina yang berpegang kepada pendekatan Castilia/Katolik dalam rekaan karya seni (bayangkan wali yang diukir dari gading dan ikonografi Kristian) yang digabung dengan pendekatan populis serta semangat anti-paderi yang telah mencorak pegangan tradisi mural Mexico pada era 1920-an (seperti Diego Rivera dan Frida Kahlo), Poklong kekal berpegang dan bertumpu kepada pendekatan yang lebih hampir dengan pelukis konsep Jerman, Joseph Beuys serta sekolah Arte Povera dari Itali. 

Walaubagaimanapun, Poklong sememangnya merupakan artis Filipina yang tulen. Malah, persekitarannya terus membentuk dan mencorak kerja seni beliau dan Manila merupakan sumber inspirasinya yang paling kuat. 

Sementara beliau bergelut dengan banjir yang sering melanda bandar ini, serta taufan dan gempa buminya – lebih-lebih lagi dengan pembunuhan di luar bidang kuasa yang semakin berleluasa – beliau cukup terpesona dengan jiwa bandar ini yang bertenaga dan penuh semangat. 

Malah, sejak beberapa tahun yang lalu, dengan pertumbuhan KDNK yang memecah rekod serta kembalinya ekspatriat Filipina dari seluruh dunia, Manila telah meledak – dan kembali untuk menuntut kedudukannya sebagai salah satu bandar yang paling berfikiran terbuka, kreatif dan dinamik di rantau Asia. 

Cubao X, sebatang jalan yang popular dengan kafe, bar dan kedai muzik dan seni, terletak tidak jauh dari kediaman Poklong Anading. Gambar Karim Raslan

Namun, di sebalik topeng kosmopolitan ini – dengan pembukaan kasino dan pusat membeli-belah yang baru – bandar ini telah berkembang untuk memacu kehadiran yang kelihatan megah tetapi cetek (tidak jauh berbeza dari “Bandar Ghaib” Italo Calvino): 21 juta orang bersesak di sebuah kawasan yang cukup sempit di antara Manila Bay ke arah barat dan Lake Laguna ke arah timur.   

“Dulu saya menganggap kerja seni saya mampu dihasilkan dari mana-mana pun, namun sekarang, kerana saya semakin tua, saya mula sedar bahawa hasil seni saya selalunya mencerminkan persekitaran bandar ini”. 

“Keadaan di Manila tidak bertambah baik. Malah, ia terus-terusan berkembang pesat. Dan keadaan lalu lintasnya semakin sesak. Udaranya teruk. Seolah-olah pencemaran udara ini sudah menjadi sebahagian dari diri saya!

“Tentunya, saya mempunyai keinginan untuk meninggalkan bandar ini, namun pada masa yang sama, bandar ini telah menjadi nadi hidup saya.” 

Poklong seorang yang mudah terpesona dengan ruangan dan barangan yang ditinggalkan. 

Malah, beliau tertarik dengan bahan buangan kehidupan seharian kita, oleh sisa kumbahan dan sampah sarap: “Saya sudah menjadi sedikit taksub dengan sistem kumbahan dan bagaimana ia mampu memproses dan memisahkan tiga jenis sisa pepejal dan cecair.” 

Beliau melihat barang buangan, sampah sarap dan sisa kumbahan sebagai sesuatu yang lebih penting dan bermakna berbanding produk ciptaan era abad ke-21: bangunan, papan iklan, jalan dan lebuh rayanya. 

Pendek kata, dia memerhati, menyusun dan mengambil inspirasi daripada apa-apa sahaja yang masyarakat pilih untuk buang – dari segi literal serta metaforik.  

Salah sebuah kedai dengan tarikannya yang tersendiri di Cubao X. Gambar Karim Raslan

Sebagai contoh, di sebuah sudut yang tersembunyi di kawasan Cubao, Poklong telah menubuhkan satu tempat yang kelihatan sebagai satu makmal (namun, beliau menggelarnya sebagai satu “arkib”): tempat untuk mengumpul, membersih, dan memulihkan “trapos” atau kain lap buruk yang cukup murah dan mudah dibuang, yang telah ditinggalkan di seluruh bandar ini. 

Kebetulannya, perkataan “trapos” mempunyai dua maksud tersirat: “kain buruk” dalam Bahasa Sepanyol dan “ahli politik tradisional” dalam Tagalog. 

Namun yang demikian, untuk Poklong, “trapos” ini sangat penting dan dengan melayannya dengan rasa hormat, beliau menekankan bahawa terdapat kepentingan dalam benda-benda yang kita buang dan musnahkan. 

Kepentingan ini cukup luas dan membawa makna yang lebih mendalam daripada urusan jangka masa pendek harian kita, Poklong menjelaskan dengan penuh misteri: “Malah, sejurus saya memulakan pembersihan ini, Kerajaan kita telah turut memulakan proses ‘pembersihan’ mereka yang tersendiri.” 

“Saya bukan seorang seniman yang menganggap diri saya sebagai terlalu hebat untuk kerja remeh. Malah, saya cukup terlibat. Air dan cahaya merupakan keperluan asas. Elemen yang memacu imej-imej ini adalah cahaya.” 

Malah, naratif peribadi Poklong sememangnya tidak menentu, sama seperti kisah hidup mana-mana rakyat Filipina dari kelas pekerja yang dicoraki perjuangan untuk mencari makna hidup dan memperoleh kemerdekaan, sepertimana beliau sendiri akui: 
“Ibu saya dulunya bekerja di luar negara. Pada ketika itu, saya hanya berjumpa dia sekali dalam setiap dua atau tiga tahun. Saya dibesarkan oleh nenek saya dari usia dua tahun. 

“Ayah saya tidak selalu ada di rumah. Tetapi, kemudiannya, nenek saya diserang angin ahmar dan oleh itu, kami telah dibesarkan oleh makcik-makcik saya. Oleh itu, saya telah meluangkan lebih banyak masa dengan nenek saya, malah, saya telah menjaganya seperti seorang pengasuh kerana ibu saudara saya semuanya sibuk dengan urusan kerja mereka.” 

“Disebabkan zaman kanak-kanak saya, saya sentiasa bertekad untuk mencari kerja sambilan, untuk mencari pendapatan sambilan, dari industri filem dan penerbitan TV, untuk menyara hidup saya. Semua ini kerana saya ingin berdikari dari segi kewangan tanpa menerima arahan daripada atau tunduk kepada sesiapa.” 

Di bandar di mana tragedi dan drama berada begitu hampir di permukaannya, Poklong telah berjaya mencipta karya-karya seni yang merupakan esei yang cukup indah berkenaan soal kehilangan, pembuangan dan jati diri.

Malah, dengan menyelami dirinya dalam kepesatan taufan kehidupan Manila, Poklong telah mencapai satu keajaiban kecil: Mentransformasi sisa dan sampah sarap untuk menjadi karya seni dan puisi.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2leCZeK

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.