Hi! Welcome Back and Stay Tune! JDT, Perak setuju `tempoh bertenang' untuk penyokong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JDT, Perak setuju `tempoh bertenang' untuk penyokong

SETIAUSAHA PAFA, Datuk Jamal Mohd Aris. – Foto Muhaizan Yahya

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Johor Darul Ta`zim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju diadakan ‘tempoh bertenang sementara waktu’ buat penyokong skuad Bos Gaurus dan Harimau Selatan dalam kancah Liga Malaysia. 

Setiausaha PAFA, Datuk Jamal Md Aris ketika mengumumkan perkembangan itu berkata persetujuan berkenaan dicapai hasil rundingan yang diadakan baru-baru ini dalam usaha memulihkan hubungan antara  penyokong kedua-dua pasukan.

Katanya, berdasarkan persetujuan itu penyokong kedua-dua pasukan tidak akan bertandang ke gelanggang lawan mereka apabila dijadualkan bertemu dalam saingan seterusnya selepas ini.

“Saya akui ada perbincangan dibuat antara Perak, Johor dan FAM mengenai insiden yang berlaku antara  penyokong  Perak dan JDT.

“Hasilnya persetujuan dicapai supaya diadakan tempoh bertenang ini bagi meredakan ketegangan,” katanya kepada BH Online.

Pada aksi Perak-JDT di Stadium Perak pada Sabtu lalu, kira-kira 1,000 anggota pasukan keselamatan merangkumi polis, RELA selain petugas PAFA dan Majlis Bandaraya Ipoh ditempatkan di sekitar stadium untuk membuat kawalan.

Walaupun berlaku insiden dua bas pelawat dibaling cat, ia berjaya dikawal dari berterusan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mf1vtJ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.