Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelanggan potong kepala pemilik restoran, dakwa terlebih caj harga mee RM0.65 sen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelanggan potong kepala pemilik restoran, dakwa terlebih caj harga mee RM0.65 sen

HUBEI, CHINA – Tidak berpuas hati dengan caj harga makanan yang dikenakan lebih 65 sen, seorang pelanggan tergamak memotong kepala pemilik restoran dalam pergaduhan Sabtu lalu, lapor South China Morning Post. 
Lelaki berusia 22 tahun dari wilayah Sichuan itu ditahan serta merta di tempat kejadian. 

[embedded content]

Difahamkan suspek telah memesan tiga mangkuk mee, namun tidak lama kemudian suspek mendapati caj harga yang dikenakan melebihi 1 Yuan dan mula bertelagah dengan pemilik restoran.
Mangsa juga dilaporkan berkata, “Jangan makan mee itu kalau kamu tidak mampu membayarnya.”. 
Berang dengan kata-kata itu, suspek mula menyerang mangsa dan memotong kepalanya menggunakan pisau dapur serta membuangnya di tong sampah berhampiran. 
Video kejadian yang mengerikan itu menunjukkan mangsa menjerit kesakitan sebelum maut di tangan suspek. 
Suspek ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan. Darah mangsa di tempat kejadian masih kelihatan ketika suspek ditahan. 
Seorang rakan kepada mangsa berkata, pemilik restoran yang berusia 42 tahun itu telah tinggal dengan anak lelakinya berusia 13 tahun sejak bercerai lima tahun yang lalu. Mangsa seorang lelaki yang jujur dan tidak pernah menipu pelanggannya. 
Netizen tidak menolak kemungkinan bahawa suspek mengalami masalah mental namun pihak berkuasa menafikan dakwaan itu. – The Reporter


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2meIt6H

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.