Kaspersky Memperkenalkan Sistem Operasi Khusus Untuk Peranti Berhubung – KasperskyOS
Kaspersky merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena sekuriti. Terkini, mereka telah memperkenalkan sebuah sistem operasi khusus untuk peranti berhubung, dinamakan sebagai KasperskyOS.
Kaspersky mengatakan mereka telah membangunkan sistem operasi ini sejak sekitar 14 tahun lepas. Melaluinya, Kaspersky mengatakan ia menawarkan perlindungan tambahan untuk pelbagai sistem data dan mengelak daripada digodam. Ia juga fleksibel, membolehkan pembangun mengintegrasikan atau membangunkan pelbagai perkara menggunakannya.
Antara penggunaan KasperskyOS ini adalah untuk kenderaan berhubung, peralatan telekomunikasi, penggunaan dalam industri, IoT, dan sebagainya. Ia boleh dijalankan pada Intel x86, x64 ataupun ARMv7.
Bagi anda yang terlibat dalam arena pembangunan sistem berhubung, mungkin boleh menyemak KasperskyOS ini hari ini.
Layari : KasperskyOS
✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment