Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penghasilan Filem Metal Gear Solid Masih Akan Diteruskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penghasilan Filem Metal Gear Solid Masih Akan Diteruskan

Filem Metal Gear Solid diumumkan pada tahun 2006. Selepas lebih sedekad menunggu, filem ini masih belum muncul di layar perak. Di dalam tempoh yang sama dua permainan utama Metal Gear Solid telahpun dihasilkan. Ramai mungkin merasakan projek filem ini telah dilupakan.

Hari ini ada berita baik bagi peminat permainan komputer ini. Jordan Vogt-Roberts, pengarah yang kini bertanggungjawab menghasilkan adaptasi permainan ini mengesahkan filem ini masih sedang dalam pembikinan. Sebuah skrip sedang ditulis yang akan setia kepada jalan cerita asal MGS. Beliau sendiri sudah menemui Hideo Kojima untuk mendapatkan input. Jordan Vogt-Roberts bukanlah pengarah yang ternama sekarang tetapi beliau telahpun diberikan kepercayaan untuk mengarah filem Kong Skull Island yang akan kelayar perak Mac hadapan.

Memandangkan jalan cerita MGS yang akan kompleks, pada pendapat anda tempoh manakah di dalam sejarah MGS yang perlu ditumpukan terlebih dahulu? Sebagai peminat kami hanya mahu ada babak di awal filem dimana Snake akan mengucapkan “kept you waiting huh?”

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2dsH1



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.