Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Saya Tahu Dia Tidak Kacak, Tapi Saya Bangga Keluar Dengannya' – Kisah Cinta Sejati Lelaki Gemuk & Jururawat ini Jadi Viral - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Saya Tahu Dia Tidak Kacak, Tapi Saya Bangga Keluar Dengannya' – Kisah Cinta Sejati Lelaki Gemuk & Jururawat ini Jadi Viral

Cinta itu buta dan tidak juga mengira berat. Itu ungkapan yang sempurna buat pasangan dari Thailand yang dikenali sebagai Cherry dan Ball ini.

Badan Ball atau nama penuhnya Puwadol Kumthai adalah seberat 120kg manakala berat Cherry (Siripa Boonraksol) cuma 44kg.

Mereka sudah berkenalan sejak 10 tahun yang lalu.

Sudah tentu perbezaan berat yang ketara antara mereka ini menimbulkan ‘cakap-cakap kurang senang’ dalam kalangan netizen di negara itu.

Cherry, yang juga merupakan seorang jururawat di Mission Hospital, Bangkok berkata: “Saya tahu dia tidak kacak tapi saya selalu bangga bila keluar dengannya. Dia mempunyai hati yang baik dan itu yang paling penting.

“Dia sangat penyayang dan memahami – seperti contoh, dia tidak suka wanita berambut pendek tetapi apabila dia melihat saya berambut pendek, dia kata saya comel!.

“Kami kongsi semuanya, kebahagian dan kesedihan… dan itu perkara utama!.

“Ramai orang yang melihat kami memanggil Ball gemuk, tetapi kami tidak ambil kisah kerana saya jatuh cinta dengan seorang lelaki bukan kerana rupa parasnya”

“Kami bercadang untuk berkeluarga tidak lama lagi dan saya tidak sabar untuk melihat Ball menjadi seorang ayah.” ujar Cherry.

Kisah cinta antara Cherry dan Ball menjadi viral di laman sosial Thailand sekaligus memberi inspirasi kepada netizen di sana

Sumber: Mirror

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mf2J8l

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.