Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Dia Pukui I Punya Kereta, I Marah I Langgar Dia Punya Kereta' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Dia Pukui I Punya Kereta, I Marah I Langgar Dia Punya Kereta'

ALOR SETAR, KEDAH – Gara-gara menukar lorong dari kiri ke kanan tanpa memberi ‘signal’, tindakan pemandu berkenaan telah mencetuskan kemarahan pemandu lain. 

Dalam kejadian jam 5.37 petang Sabtu lalu di Jalan Lencong Barat, depan Taman Dahlia, Fasa 1, See Kim Chong, yang memandu kereta Perodua Myvi mendakwa dia telah ‘dibuli’ oleh pemandu kereta Perodua Axia yang berang dengannya. 

Video yang dimuat naik mangsa menunjukkan, dia pada awalnya berada di lorong kiri secara tiba-tiba beralih ke lorong kanan tanpa memberi lampu isyarat ke kanan. 

Tindakan mangsa menyebabkan pemandu Axia berkenaan berang lalu membunyikan hon. Enggan beralah, mangsa juga membalas beberapa kali sebelum terus memotong masuk di depan kereta Axia tersebut. 
Mangsa juga dapat didengar mengeluarkan perkataan kesat terhadap pemandu Axia berkenaan. 
Tiga minit kemudian, lelaki berkenaan keluar dari kereta dan mengetuk pintu kereta dan mengarahkan mangsa keluar dari keretanya. Namun, mangsa enggan melayan karenah lelaki itu menyebabkan dia memarkirkan kenderaannya di hadapan kereta mangsa. 
Lelaki itu kemudian mengambil satu objek yang dipercayai payung untuk memukul kereta mangsa. Takut dengan kejadian itu, mangsa tertekan pedal minyak dan terlanggar kereta lelaki itu. 
Takut dengan kejadian itu, mangsa segera menghubungi polis untuk meminta bantuan. Dalam kenyataan awal mangsa pada pegawai polis yang menerima panggilan itu berkata, lelaki itu telah memukul keretanya dan dia yang marah dengan kejadian itu terus melanggar kereta lelaki berkenaan. 
Kereta mangsa juga mengalami kerosakan pada cermin depan, pintu depan bahagian penumpang dan cermin sisi. 

Sementara itu netizen menganggap apa yang berlaku adalah berpunca dari perangai mangsa sendiri yang tidak memberi lampu isyarat ketika menukar lorong. Bagaimanapun, tindakan pemandu Axia itu juga tidak wajar sehingga sanggup merosakkan kereta orang lain. – The Reporter


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nc35jQ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.