Hi! Welcome Back and Stay Tune! Donald Trump Masih Tiada Bukti Tentang Dakwaan Saluran Komunikasinya Dicuri Dengar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Donald Trump Masih Tiada Bukti Tentang Dakwaan Saluran Komunikasinya Dicuri Dengar

WASHINGTON: Ahli-ahli Parlimen dari Parti Demokrat dan Republikan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad berkata mereka tidak melihat sebarang  bukti berkenaan dakwaan Presiden Donald Trump yang menuduh pentadbiran Barack Obama telah mencuri dengar saluran komunikasinya tahun lalu, lapor Reuters.

Perkembangan terbaru tersebut sekali gus memberi tekanan kepada pasukan Trump untuk menjelaskan dakwaan atau mengesahkan tuduhannya yang sering diulang-ulang itu.

Beberapa ahli Republikan minggu lalu menggesa Trump meminta maaf atas dakwaan yang dilakukannya melalui beberapa tweet di akaun rasminya pada 4 Mac lalu. Perkara itu juga mencetus ketegangan dengan sekutu utama AS selain mengganggu kelancaran Republikan untuk menunaikan janji tentang rawatan kesihatan dan cukai.

“Saya tidak tahu tuduhan Trump itu atas dasar apa. Saya percaya beliau perlu menjelaskannya kepada kita semua,” ujar Senator Republikan Susan Collins yang menambah, dia hanya menyokong Trump jika apa yang dikatakannya benar-benar fakta.

Pengarah FBI James Comey dijangka diasak soalan tentang dakwaan Trump itu sewaktu memberi keterangan dalam perbicaraan luar biasa pada Isnin berkenaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden tahun 2016.

Rusia tetap menafikan perkara tersebut berlaku.

Perwakilan Demokrat, Adam Schiff, berpendapat dakwaan Trump itu sebagai ‘tuduhan palsu’, dan berharap Comey akan menjelaskan duduk perkara pada Isnin.

White House dan sekutu Trump disifatkan cuba mengalih perhatian dari kontroversi itu dengan memberi arahan agar siasatan dijalankan terhadap isu kebocoran maklumat dalam kalangan pengamal media.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mKjUPX

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.