Hi! Welcome Back and Stay Tune! Panduan Penjagaan Tayar Kenderaan Yang Betul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Panduan Penjagaan Tayar Kenderaan Yang Betul

MENJADI satu kewajipan kepada setiap penguna kenderaan di jalan raya untuk memastikan setiap kompenen kenderaan termasuk enjin berada dalam keadaan baik dan selamat. Seperti kompenan lain, tayar juga adalah salah satu bahagian yang perlu dititik beratkan dan diberi keutamaan dalam penjagaannya supaya ia sentiasa dalam keadaan terbaik dan sekaligus ia mampu memanjangkan jangka hayat pengunaan tayar tersebut. Tapi bagaimana cara penjagaan tayar yang betul agar bertahan lebih lama?

Sekiranya tayar tidak dijaga dengan rapi ia boleh menjadi punca-punca kepada kemalangan dan sebagainya. Disini terdapat beberapa panduan dalam penjagaan tayar kenderaan yang anda patut ketahui.

Panduan Penjagaan Tayar Kenderaan Yang Betul

1. Pemilihan Saiz Tayar Yang Bertepatan

Elemen paling penting dalam penjagaan tayar iaitu memilih saiz tayar yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

Anda boleh perhatikan sendiri rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Apakah maksud disebalik tulisan tersebut? Contoh, 205/50 R 16 V bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukaan jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf V bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km / j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

2. Semak Tekanan Angin Tayar Kereta

Pastikan anda sentiasa memeriksa tekanan angin (tyre pressure) seminggu sekali. Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi yang betul. Contoh, isikan tekanan angin tayar kereta dilingkungan 210-240 psi. Jika angin terlebih atau terkurang, ia akan memberi kesan kepada tayar kereta anda.

Antara kesannya adalah jika tekanan tayar kereta terlalu tinggi, tayar kereta anda bermasalah di bahagian tengah dan jika angin tayar terlalu kurang atau tidak sekata berkemungkinan bahagian tepi tayar bermasalah berlaku.

3. Lakukan Pelarasan Tayar (Alignment & Balancing)

Pastikan anda lakukan pelarasan tayar anda (alignment & balancing) di pusat servis kereta untuk setiap 10,000 km selang. Dengan melakukan pusingan tayar kereta ini, anda boleh mengekalkan kesamarataan tayar hadapan dan dibelakang.

Ini mengelakkan tayar kereta anda bergegar jika dipandu dengan kelajuan yang agak tinggi. Pelarasan tayar ini perlu dilakukan sekiranya anda telah menukar bearing, suspension arm, absorber dan lower arm bagi mengelakkan masalah terhadap tayar anda.

4. Elakkan Letak Tayar Bertampal di Hadapan Kereta

Sekiranya anda ada masalah tayar bertampal seperti bocor, pancit atau bunga telah haus, elakkan daripada diletakkan dibahagian depan kereta kerana tayar depan yang memacu kenderaan anda. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya tayar meletup atau mengundang bahaya ketika anda sedang memandu dalam keadaan yang laju.

5. Pemeriksaan Thread Tayar

Pemeriksaan thread tayar secara berkala amat penting dalam memastikan tempoh hayat tayar anda dapat bertahan dengan lebih lama. Anda boleh lihat dengan mata kasar dan jika sekiranya thread kereta anda sudah melebihi hadnya, itu petanda sudah tiba masanya anda menukar tayar kereta anda.

Cara Ketahui Code Sidewall Tayar

Jom kita lihat dulu contoh code sidewall tayar:
                 
Kod tayar adalah P205/65 R16 95 V:

205- Kelebaran tayar 205mm 
65 – 65% ketebalan tayar daripada 205mm
R  – Binaan radikal 
16- Kegunaan rim 16″ 
95- Berat yang mampu ditanggung tayar 95 kg
V – Kelajuan maksimum tayar mampu meluncur 240km/j

Punca Kerosakan Tayar Kenderaan Anda 

1. Kerosakan di Sebelah Luar Kedua-dua Sisi Tayar

Jika anda lihat kerosakan seperti ini, maka ianya berpunca daripada tayar yang tidak cukup tekanan angin. Seperti yang sedia maklum, tekanan angin dalam tayar sememangnya akan berkurang setelah lama anda gunakan kenderaan anda.

2. Kerosakan di Bahagian Tengah

Kerosakan jenis ini lagi berbahaya kepada anda kerana ia berpunca daripada tekanan angin yang lebih dalam tayar kenderaan anda. Ia boleh mengundang risiko tayar meletup dengan tiba-tiba.

3. Kerosakan di Sebelah Bahagian Luar Bunga Tayar

Ini kerosakan yang sememangnya sentiasa berlaku. Kerosakan berpunca daripada alignment yang tidak betul menyebabkan kerosakan tayar hanya sebelah sisi sahaja. Maka cepat-cepatlah lakukan alignment tayar kereta anda untuk mengelakkan kerosakan makin banyak.

4. Kerosakan Cupping Wear

Dalam istilah lain dalam bahasa Inggeris ialah diagonal scalloping wear yang mana menunjukan kenderaan anda mempunyai masalah suspension.

5. Kerosakan di Sebelah Sisi Tayar

Kerosakan ini selalunya berlaku apabila anda terlanggar sesuatu yang tajam contohnya bongkah batu ataupun rubbing dengan sesuatu contohnya pembahagi jalan dan sebagainya.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang penjagaan tayar kenderaan, anda boleh semak di ‘MyTayar‘ atau ‘Panduan Penjagaan Tayar Kenderaan Yang Betul‘.

Semoga perkongsian panduan ini dapat membantu anda dalam penjagaan tayar kenderaan anda!

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nFSs6F

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.