Man United Hampiri Kelompok Empat Teratas
MAROUANE Fellaini ketika meraikan jaringan gol pertama dengan Antonio Valencia di Stadium The Riverside, England. Manchester United menang 3-1. – Foto Reuters
LONDON: Manchester United melonjak ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Middlesbrough, sebentar tadi.
Skuad kendalian Jose Mourinho yang turun tanpa kelibat Zlatan Ibrahimovic, Paul Pogba, Wayne Rooney dan Ander Herrera, membuka jaringan menerusi tandukan Marouane Fellaini pada minit ke-30.
Ia adalah gol liga pertama pemain tinggi lampai itu musim ini, sebelum United menambah jaringan menerusi Jesse Lingard pada minit ke-62.
Boro bagaimanapun merapatkan jurang menerusi pemain gantian Rudy Gestede ketika permainan berbaki 12 minit.
Pada masa kecederaan, kesilapan penjaga gol Middlesbrough, Victor Valdes yang tergelincir ketika cuba menangkap bola, dihukum Antonio Valencia yang mudah menguis bola ke gawang yang tidak dikawal.
Middlesbrough yang memecat pengendalinya Aitor Karanka, Khamis lalu, adalah pasukan yang paling sedikit menjaringkan gol musim ini dan masih belum memenangi sebarang perlawanan liga. – REUTERS
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mJf998✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment