Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perlis Pilih Norza Calon Presiden BAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perlis Pilih Norza Calon Presiden BAM

DATUK Seri Mohamad Norza Zakaria. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KANGAR: Persatuan Badminton Negeri Perlis (PBNPs) sebentar tadi, menyokong penuh pencalonan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presiden PBNPs, A’Amar Hashim, berkata sokongan terbabit disuarakan semua Ahli Jawatankuasa (AJK) PBNPs yang baru dilantik dalam mesyuarat agung tahunan, hari ini.

Katanya, Mohamad Norza yang kini sebagai Timbalan Presiden BAM mempunyai pengalaman dan ketokohan dalam pembangunan sukan badminton negara.

“Badminton di Malaysia perlukan suntikan semangat dan idea daripada individu seperti beliau yang mampu membimbing generasi baharu, sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan sukan terbabit khasnya di peringkat antarabangsa.

“Mohamad Norza bukan seorang yang asing dalam dunia badminton kerana sepanjang pembabitannya dalam sukan ini, ramai jaguh dan wira tempatan yang bertaraf dunia dilahirkan seperti Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat serta Tan Boon Heong,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-36 PBNPs di Dewan Perpustakaan Negeri Perlis di sini, hari ini.

Terdahulu, A’Amar dipilih memegang jawatan tertinggi PBNPs sesi 2017-2019 selepas menewaskan bekas Presiden, Datuk Wan Nordin Che Murat dengan majoriti 40 undi berbanding 37 undi.

Ia turut menyaksikan perlantikan hampir 80 muka baharu dari kalangan 21 AJK terdiri daripada bekas atlet badminton dan jurulatih negeri ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mgAFWH

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.