Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ragbi 6 Negara: England Terlepas Grand Slam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ragbi 6 Negara: England Terlepas Grand Slam

PEMAIN England, Owen Farrell diasak pemain Ireland, Donnacha Ryan pada kejuaraan Ragbi Enam Negara. Ireland menang 13-9. – Foto AP

DUBLIN: Ireland mengejutkan England 13-9 dalam kejuaraan Ragbi Enam Negara, semalam sekali gus menafikan pencabar tradisinya itu merangkul gelaran Grand Slam kedua berturut-turut.

Kekalahan turut mengakhiri impian England untuk mencipta rekod dunia dengan meraih kemenangan ke-19 secara berturut-turut namun tetap membawa pulang trofi kejuaraan selepas mengumpul mata tertinggi.

Kemenangan pula meletakkan Ireland yang dibimbing Joe Schmidt di kedudukan teratas bagi undian Piala Dunia 2019 dengan try daripada Iain Henderson selepas 23 minit permainan berlangsung membuktikan perbezaan di antara kedua-dua pasukan.

Ketika England bangkit selepas didominasi pada babak pertama, mereka tetap gagal untuk menghasilkan serangan yang benar-benar mampu menggegar pertahanan Ireland.

England mengesahkan kejuaraan pada minggu lalu dengan menewaskan Scotland kejohanan pada minggu 61-21 yang menyaksikan mereka menjulang trofi Enam Negara dengan suasana kurang menarik selepas tiga kali dinafikan Grand Slam di Dublin pada hari terakhir kejohanan.

“Kami tidak mendapat Slam namun, hey-ho, kami masih juara,” kata kapten England, Dylan Hartley. “Pujian penuh kepada Ireland. Mereka memberikan kami tekanan yang sukar dipercayai.”

England tewas pada 2001 dan 2011 namun menewaskan Ireland dalam penentuan Grand Slam di Lansdowne Road pada 2003, beberapa bulan sebelum mereka menjulang Piala Dunia.

Ireland juga menafikan England untuk mencipta rekod 19 kemenangan berturut-turut dalam tempoh empat bulan, situasi sama dilakukan kepada juara dunia, New Zealand pada November lalu.

England menyamai rekod yang dilakukan All Blacks iaitu 18 kemenangan berturut-turut hasil kemenangan ke atas Scotland pada minggu lalu namun kini tewas tujuh daripada 10 kunjungan ke Dublin.

“Ia bukannya mengenai kami berjaya menghentikan England. Ia mengenai prestasi. Ia benar-benar kelegaan bagi kami,” kata kapten Ireland, Rory Best. “England pasukan yang menakjubkan, mereka layak menjulang kejuaraan.” – Reuters

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nE5Jwr

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.