Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video) Aksi Burung Jemput & Eskort Anak Ke Kubur Ibu Jadi Viral - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video) Aksi Burung Jemput & Eskort Anak Ke Kubur Ibu Jadi Viral

Satu video ajaib yang memaparkan seekor burung ‘menyambut’ seorang lelaki ke kubur ibunya menjadi viral di media sosial.

Video yang mulai viral sejak Februari itu dikatakan dirakam di sebuah tanah perkuburan Islam di Blackburn, England.

Menurut lelaki di dalam video tersebut, sudah empat kali burung itu menjemputnya ke kubur ibunya termasuk ketika dia merekod video tersebut.

“Ia sedang mengekskort saya ke kubur ibu saya sekarang” kata lelaki itu sambil merakam perbuatan burung berkenaan.

“Ini sangat menakjubkan, sejak tiga hari lepas, ia ‘menjaga’ kubur ibu saya dan sekarang ia sedang membawa saya ke sana.

“Ia tidak takut. Sepertinya ia tahu apa yang sedang dilakukan.” kata lelaki berkenaan sambil menambah dia tidak pernah mendengar atau melihat perkara seumpama itu sebelum ini.

Setibanya di kubur yang dituju, burung itu berhenti dari berjalan, kemudian berpusing-pusing beberapa kali.

“Dah tiba di kubur ibu saya, sekarang ia akan berhenti.

“Ini adalah tanda-tandaNya? Hanya Allah lebih mengetahui.

Lelaki berkenaan kemudian berkata akan membaca Yaasin dan doa untuk arwah ibunya sebelum berhenti merakamkan video.

Lihat video tersebut dibawah:

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nFZ1pW

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.