Gol Benzema, Casemiro Bantu Real Kekal Di Puncak
PENJAGA gol Real Madrid, Kaylor Navas (kiri) dan Sergio Ramos gagal menghalang rembatan pemain Athletic Bilbao, Aritiz Aduriz (tengah) dari membolosi gawang pada pertemuan awal pagi tadi. – Foto AP
MADRID: Bos Real Madrid, Zinedine Zidane memuji kekuatan karektor skuadnya yang berjaya menepis asakan Athletic Bilbao untuk menundukkan lawannya itu 2-1 hasil jaringan kemenangan Casemiro, awal pagi tadi.
Pemain tengah antarabangsa Brazil itu menyumbat gol daripada jarak dekat pada minit ke-68 untuk memastikan Real terus kekal lima mata di depan Barcelona di puncak La Liga.
“Kami dipaksa bekerja keras, tetapi pada masa sama kami juga bermain dengan karektor yang hebat,” kata Zidane.
Karim Benzema meletakkan pelawat di depan pada babak pertama hasil umpanan Cristiano Ronaldo sebelum Aritz Aduriz kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-65.
Bagaimanapun, Barcelona boleh mengurangkan semula jurang kepada dua mata apabila berdepan Valencia di Nou Camp, malam ini.
Kekalahan itu menamatkan rentak tanpa kalah 19 perlawanan di laman sendiri oleh Athletic dengan mereka kekal empat mata kurang daripada slot ke Liga Juara-Juara.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mVRdjK✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment