Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wenger Buat Pengumuman 'tidak Lama Lagi' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wenger Buat Pengumuman 'tidak Lama Lagi'

ARSENE Wenger. – Foto AP

LONDON: Arsene Wenger berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai masa depannya di Arsenal ‘dalam masa terdekat’ sejurus kekalahan 3-1 ke atas West Bromwich Albion, semalam.

“Saya tahu apa yang saya lakukan pada masa depan, kamu akan mengetahuinya tidak lama lagi, ” kata Wenger kepada wartawan selepas kekalahan keempat Arsenal dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tekanan buat Wenger yang mengendali Arsenal sejak 1996 berada di kemuncak selepas pasukannya disingkirkan dengan agregat besar 10-2 oleh Bayern Munich dalam kempen Liga Juara-Juara.

Kekalahan kepada West Brom menyaksikan mereka ketinggalan lima mata daripada pemburuan tempat empat teratas liga.

Ia adalah kekalahan keenam Gunners dalam sembilan perlawanan pada semua kejohanan dengan peminat Arsenal membayar sendiri dua kapal terbang untuk membawa kain rentang bertulis “Tiada kontrak#Wenger keluar” dan “Kepada Arsene kami percaya” ketika perlawanan di West Brom.

“Kamu akan lihat,” kata Wenger menambah mengenai masa depannya. “Hari ini saya tidak begitu bimbang mengenainya. Kami berada dalam keadaan yang buruk yang tidak pernah kami lalui dalam tempoh 20 tahun.

“Kami tewas perlawanan selepas perlawanan ketika ini dan bagi saya ia lebih penting daripada masa depan saya.”

AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n2rckv

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.