Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar Perempuan Cemerlang SPM Tinggal Menumpang Di Pusat Snuker - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar Perempuan Cemerlang SPM Tinggal Menumpang Di Pusat Snuker

UJIAN datang dalam hidup seseorang manusia melalui pelbagai cara, namun jika kita cekal bersemangat meneruskan hidup, pasti kita akan dapat melihat hikmah di sebaliknya.

Mungkin itu pengajaran yang boleh diperoleh daripada kisah seorang pelajar yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, Khamis lalu.

Di sebalik kekurangan dan dugaan yang dihadapinya, Farah Marcella, pelajar SMK Seri Kota Puteri Pasir Gudang, Johor, cemerlang dengan keputusan 6A.

Melalui satu perkongsian di akaun Facebook, guru Farah, Suraya Abdul Rahim menceritakan, Farah bersama adik beradiknya ditinggalkan bapa tanpa tempat untuk berteduh.

Kerap kali hilang dari sekolah, Farah pernah dibuang sekolah ketika di tingkatan empat, sebelum kembali mendaftar diri untuk tingkatan lima.

Namun mungkin kerana masalah peribadinya, Farah tidak dapat hadir ke sekolah seperti pelajar lain.

Sedar potensi yang ada pada pelajar itu, Farah kemudiannya diambil tinggal bersamanya kerana bimbang pelajar itu akan hanyut tanpa bimbingan.

Hanya dua bulan dipersiapkan untuk SPM, kerja keras Farah, dibantu dengan komitmen daripada para guru, dia berjaya mendapat keputusan yang baik.

Menurut maklumat dari laman sosial, Farah dan adik beradiknya kini dibawah jagaan ibunya yang tinggal menumpang di sebuah pusat snuker.

Satu tabung untuk membantu Farah dan keluarganya telah dilancarkan oleh Suraya dengan kerjasama abangnya, Zaikhan.

Sumbangan boleh dibuat ke:-

Projek Infaq Pengajian Farrah Marcella
MAYBANK M2U Saver Islamic
ACCT NO : 3611 4522 7076
ZAIKHAN ABDUL RAHIM

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mFepkx

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.