Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kursus Guaman Bersama Perlu Untuk Tingkatkan Standard Guaman – Presiden Badan Peguam Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kursus Guaman Bersama Perlu Untuk Tingkatkan Standard Guaman – Presiden Badan Peguam Malaysia

KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia akan meminta universiti awam mengkaji semula faedah melaksanakan Kursus Guaman Bersama (CBC) dalam usaha untuk meningkatkan standard keseluruhan peguam.

Presidennya George Varughese berkata CBC perlu untuk memastikan standard yang tinggi dalam badan guaman.

“Dialog dan perbincangan CBC masih berjalan, dalam perkara ini kita masih ingin untuk meneruskan CBC yang turut disertai badan kehakiman dan saya percaya Jabatan Peguam Negara juga turut bersama,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-71 Badan Peguam Malaysia, di sini pada Sabtu.

Beliau juga berkata, cadangan itu (mengenai CBC) telah dikemukakan (kepada universiti awam) dan Badan Peguam Malaysia seterusnya akan mengemukakan cadangan ini dan cuba meyakinkan universiti awam untuk melihat manfaat melaksanakan CBC.

Kursus Guaman Bersama itu ialah untuk menggantikan Sijil Amalan Guaman yang diperkenalkan pada 1984 sebelum peguam boleh mengamalkan profesion guaman.

Lebih 800 orang menghadiri mesyuarat agung tahunan itu yang menyaksikan empat daripada enam usul yang dibentang diluluskan. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n25VXW

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.