Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Catat Banyak Kemajuan Membanggakan Dalam Tiga Bulan Pertama 2017 – PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Catat Banyak Kemajuan Membanggakan Dalam Tiga Bulan Pertama 2017 – PM Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah mencatatkan banyak kemajuan membanggakan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sehingga mendapat laporan positif di media tempatan dan antarabangsa.

Perdana Menteri berkata antara berita positif yang menjadi tajuk utama di banyak akhbar dan majalah itu ialah Malaysia antara 10 ekonomi Paling Pesat Berkembang Di Dunia yang dilaporkan oleh The Economist.

“PriceWaterhouse Coopers pula melaporkan Malaysia Dijangka Peroleh KDNK ke-25 Terbesar Dunia Menjelang 2030 manakala International Living Magazine melaporkan Khidmat Kesihatan Malaysia ke-3 Terbaik Dunia,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman blog najibrazak.com yang bertajuk ‘Malaysia Di Mata Dunia’.

Tajuk berita lain yang turut dikongsi beliau dalam catatan itu ialah Universiti Malaya berada di ranking 100 Universiti Terbaik Asia 2017 yang disiarkan oleh BERNAMA, Ekonomi Malaysia suku keempat 2016 atasi jangkaan (Berita Harian), Langkah baharu BNM dijangka lonjakkan ringgit (New Straits Times) dan 11 subjek di Universiti tempatan disenaraikan 50 terbaik dunia (New Straits Times).

Najib berkata U.S News & World Report turut melaporkan tajuk Malaysia negara terbaik untuk pelaburan 2017.

“Alhamdulillah, tiga bulan sejak kita memasuki tahun baru 2017, Malaysia telah melangkah maju tapak demi tapak dalam setiap sudut pembangunan negara.

“Sepanjang tempoh itu juga banyak berita baik dan positif mengenai Malaysia yang telah dipaparkan di halaman surat khabar dan majalah, baik tempatan mahupun luar negara,” katanya.

Tetapi malangnya, beliau berkata ada dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya pihak pembangkang yang memilih untuk tidak nampak atau buat-buat tidak nampak semua berita baik itu hanya kerana ia bertentangan dengan naratif mereka bahawa Malaysia adalah negara yang gagal.

“Ini bukan sahaja menunjukkan betapa pembangkang memandang rendah akan keupayaan negara dan rakyatnya, tetapi juga menunjukkan rendahnya jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Di manakah rasa cintamu kepada Negaraku?,” katanya.

Najib berkata kesemua itu menunjukkan bahawa keadaan Malaysia, sama ada dari kaca mata tempatan atau juga kaca mata antarabangsa, tidaklah seburuk yang dicanangkan oleh pembangkang.

Begitu banyak perkara positif yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia telah dicapai di negara ini, sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan bermacam lagi, katanya.

“Kejayaan Negaraku adalah kejayaan rakyat kesemuanya dan sememangnya kita harus berbangga mengenainya.

“Berbangga dengan Negaraku, Malaysia,” kata Najib. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2novfsr

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.