Suami Isteri Diburu Polis Disyaki Suspek Utama Pembunuhan Sadis
Suami Isteri Diburu Polis Disyaki Suspek Utama Pembunuhan Sadis|Kuala Terenggani: Polis sedang mengesan pasangan suami isteri yang dipercayai menghilangkan diri selepas terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki etnik Rohingya di Kampong Pak Madah, Bukit Payung, Marang, malam semalam.
Suspek utama yang dikenal pasti sebagai Mohamad Qarim Abdul Razak, 30, dan isterinya, Babe Nur Karim, 25, dipercayai menghilangkan diri bersama dua anak mereka berusia 13 tahun dan empat bulan sejurus kejadian itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata berdasarkan siasatan pembunuhan terbabit dipercayai didalangi Mohamad Qarim atau dikenali sebagai Qori.
Katanya, siasatan lanjut turut mendapati Qori dibantu dua lagi adik-beradiknya yang masih belum dikenal pasti identiti mereka, sebelum mereka meninggalkan rumah terbabit.
“Ketika jiran yang terdengar suara orang bergaduh datang untuk memeriksa rumah berkenaan, semua suspek dipercayai sudah melarikan diri termasuk Qori dan keluarganya.
“Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek terbabit. Jika ada maklumat berhubung adik beradik atau terlihat kehadiran mereka di mana-mana, sila maklumkan kepada polis dengan segera,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, seorang lelaki etnik Rohingya ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dipercayai ditikam menggunakan gerudi, mesin pengisar, tukul, parang, pisau dan topi keledar.
Mangsa yang juga pemegang kad UNCHR dipercayai menjadi mangsa bunuh adik beradik terbabit yang bermotifkan dendam dan cemburu.
The post Suami Isteri Diburu Polis Disyaki Suspek Utama Pembunuhan Sadis appeared first on Eberita.org.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mFsWMY✍ Sumber : ☕ Eberita.org
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment