Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Pelajar dapat 9A+ SPM boleh mohon tajaan JPA” – Ketua Pengarah JPA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Pelajar dapat 9A+ SPM boleh mohon tajaan JPA” – Ketua Pengarah JPA

PUTRAJAYA: Pelajar yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi Program Penajaan 9A+ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata, pelajar yang layak akan ditaja di peringkat persediaan hingga ijazah pertama dalam bidang yang ditetapkan kerajaan di Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara.

“Berikutan dengan pertanyaan oleh beberapa pihak mengenai program penajaan ini, adalah dijelaskan bahawa semua pelajar yang mencapai keputusan sekurang-kurangnya 9A+ boleh memohon untuk dipertimbangkan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan timbul kekeliruan dalam kalangan pelajar cemerlang SPM mengenai program itu, apabila dimaklumkan hanya pelajar yang mendapat A+ dalam semua subjek yang diambil mereka layak mendapat tajaan.

Beliau berkata, JPA memperkenalkan Program Penajaan 9A+ itu memandangkan Program Busary telah dimansuhkan pada tahun ini, selain mengambil kira pencapaian pelajar yang cemerlang.

Zainal Rahim berkata, program Bursary Tahun 2016 telah dilaksanakan secara ‘one-off’ oleh JPA sebagaimana diputuskan oleh kerajaan dan ini bermakna pada tahun ini program tersebut tidak lagi diteruskan sebaliknya dimansuhkan.

Katanya, sejajar dengan keputusan kerajaan bagi Model Baharu Penajaan JPA 2017, program penajaan yang masih dikekalkan pelaksanaannya adalah Program Penajaan Nasional (PPN) dan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ).

Di bawah PPN, beliau berkata, penajaan diberikan kepada 20 pelajar paling cemerlang dalam SPM 2016 berdasarkan senarai Lembaga Peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran ke 10 universiti terbaik dunia mengikut QS World University Ranking berdasarkan bidang pengajian.

Bagi program JKPJ pula, penajaan diberikan kepada 200 pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Bagaimanapun, katanya, penajaan dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman boleh dipertimbangkan dan tertakluk kepada keputusan kerajaan.

Zainal Rahim berkata, Model Baharu Penajaan JPA adalah langkah untuk memastikan negara mendapat pulangan dan manfaat yang optimum daripada pelaburan yang diperuntukkan.

Justeru, program penajaan JPA memfokus kepada empat teras utama iaitu merit dan inklusiviti; golongan berpendapatan rendah B40, sederhana M40 dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET); pembangunan Malaysia sebagai hab pendidikan; dan pulangan pelaburan kerajaan

Katanya, pelajar lepasan SPM 2016 yang berminat memohon program-program penajaan yang ditawarkan JPA boleh melayari portal rasmi JPA di www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai program tajaan atau masalah teknikal, JPA turut menyediakan talian khas (hotline) 03-8885 3049 untuk dihubungi pada setiap hari bekerja (8:30 pagi hingga 5:30 petang) bermula 16 Mac hingga 5 Mei ini.

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

The post “Pelajar dapat 9A+ SPM boleh mohon tajaan JPA” – Ketua Pengarah JPA appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mIwG12

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.