Baddrol Pemain Terbaik Liga Super Februari
PRESIDEN Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar (kiri) menyampaikan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my kepada pemain pasukan Baddrol Bakhthiar. – Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Super bulan Februari.
Dalam undian Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) itu, Baddrol mendapat undian tertinggi sebanyak 17,073 untuk mengenepikan penjaring terbanyak Kelantan, Muhammad Ghaddar (6,020), Mathew Alves dari Pahang (1,830), pemain Sarawak, Mark Hartmann (765) dan seorang lagi bintang import Pahang, Mohammadou Sumareh (521).
“Syukur dan terima kasih kepada PFAM yang banyak menyokong pemain Liga Malaysia (Liga M) dan tidak lupa juga kepada penyokong serta keluarga.
“Memang saya ada sasaran sendiri musim ini dan berharap Kedah dapat terus cemerlang dengan membawa lebih banyak piala untuk pasukan,” katanya selepas majlis penganugerahan anugerah itu di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, hari ini.
Selaku pemenang, Baddrol menerima hadiah plak, wang tunai RM1,500 sumbangan 139associates dan MVP Sports Agency, trofi sumbangan Ideasia dan gambar berserta bingkai pemain sumbangan Asiana.my.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mgEVFn✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment