Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mangsa Lemas Terakhir Di Bukit Beruntung Dijumpai, Operasi SAR Dihentikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mangsa Lemas Terakhir Di Bukit Beruntung Dijumpai, Operasi SAR Dihentikan

HULU SELANGOR: Mangsa lemas ketujuh yang juga terakhir dalam insiden sekumpulan kanak-kanak yang dihanyutkan air deras di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini, telah dijumpai, pada jam 1.15 petang.

Jasad Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, yang dalam keadaan terdampar di tebing sungai lebih dari 8 kilometer dari muara, ditemui oleh orang awam.

Mayat telah diserahkan kepada polis dan terus dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Pada jam 10.20 pagi tadi, operasi SAR hari ketiga itu telah menjumpai mayat mangsa keenam iaitu Mohd Ikhwan Mohd Ridhwan, 10.

Dia ditemui di tepi sungai dalam kawasan berumput dalam jarak 1 kilometer dari pertemuan Sungai SKC dan Sungai Selangor.

Dengan penemuan jasad Muhammad Aiman, operasi SAR dihentikan serta-merta.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang Jumaat lalu, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika mereka menangguk ikan di sungai itu.

Seorang daripada mereka dilaporkan selamat.

Sebelum ini, lima mangsa yang meninggal dunia akibat lemas ialah pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nRm7sH

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.