Bella SYTD 2 Batalkan Perkahwinan Dengan Afif Kalla
Hiburan
Bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2), Laudya Cynthia Bella, dikhabarkan telah membatalkan perkahwinan dengan kekasihnya, Afif Kalla.
Menurut laporan Liputan6.com, salah seorang rakan terdekat Bella mengesahkan pelakon tersebut telah berpisah dengan kekasihnya pada awal bulan ini.
“Bella dan Afif sudah berpisah bersama dan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung dalam masa terdekat ini turut dibatalkan,” katanya.
Bagaimanapun Bella enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi pihak media Indonesia berkenaan perkara tersebut.
“Maaf saya tidak mahu untuk memberi sebarang kenyataan dan terima kasih kerana memahami masalah yang saya lalui ketika ini,” katanya.
Terdahulu, Bella telah memadamkan gambar dan video bersama kekasihnya di akaun media sosial Instagram miliknya.
Ketiadaan Afif pada sambutan ulang tahun kelahiran Bella yang ke-29 pada 24 Februari lalu, telah menimbulkan tanda tanya peminat.
Namun, pembantu peribadi Bella yang dikenali sebagai Rita mengakui tidak tahu apa-apa mengenai krisis hubungan pasangan itu.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mgUQnv✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment