Raja bomoh dakwa ‘pagar’ Malaysia sejak zaman penjajah
Raja bomoh dakwa ‘pagar’ Malaysia sejak zaman penjajah |Bomoh popular Datuk Ibrahim Mat Zin mendakwa telah ‘melindungi’ Malaysia dari serangan luar sejak tujuh dekad lalu.
Digelar Raja Bomoh, Ibrahim yang kini berusia 86 tahun seperti dilapor akhbar Singapura The Sunday Times berbuat demikian dengan melakukan upacara “memagar sekeliling Malaysia”.
“Kita tiada senjata canggih seperti Korea. Jika kita lawan dengan senjata kita kalah. Tetapi kita guna cara lama dengan memagar udara, tanah dan air, peluru berpandu tidak akan sampai ke Malaysia,” katanya dipetik.
Ibrahim kini diburu polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas melakukan upacara perbomohan di pantai Ahad minggu lalu.
Menggunakan biji kelapa, batang kayu, meriam buluh, sejadah dan air laut, beliau mendakwa usaha itu kononnya dapat membantu melindungi negara daripada ancaman Korea Utara.
Keesokannya beliau melakukan ritual ‘teropong’ menggunakan kayu di luar perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tempat mayat Kim Jong-nam yang masih disimpan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki semalam berkata Ibrahim dikehendaki pihak berkuasa kerana merosakkan imej Islam.
The post Raja bomoh dakwa ‘pagar’ Malaysia sejak zaman penjajah appeared first on Eberita.org.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mhh9sT✍ Sumber : ☕ Eberita.org
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment