Jelius Sah Pengendali Baharu Sabah
KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengesahkan bekas pemain negeri itu, Jelius Ating sebagai pengendali baharu Sang Badak bagi menggantikan Steve Vilmiaire, berkuat kuasa serta merta.
Presidennya, Datuk Seri Musa Aman, dalam kenyataannya hari ini, turut mengumumkan Datuk Juil Nuatim sebagai pengurus pasukan menggantikan Adlane Messelem.
“Selain itu, jawatan ketua jurulatih Piala Belia Bawah 19 tahun Sabah yang sebelum ini disandang Jelius, akan digalas Awang Sabtu Jamil manakala pengurus pasukan skuad Piala Presiden yang dijawat Datuk Juil Nuatim sebelum ini akan digantikan Azman Mastar.
“Saya juga ingin mengumumkan, penolong jurulatih skuad senior Sabah akan digalas Burhan Ajui, menggantikan Johnny Dominicus yang diserapkan sebagai pembantu kepada pengendali skuad Piala Presiden, Justin Ganai,” katanya.
Musa yang juga Ketua Menteri Sabah turut mengucapkan tahniah kepada Jelius, Juil dan Awang Sabtu di atas perlantikan itu.
Keputusan itu dipercayai dibuat susulan prestasi buruk pasukan itu dalam saingan Liga Perdana, di mana Sabah kini di tangga kedua tercorot liga dengan hanya empat mata.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nokyWB✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment