Hi! Welcome Back and Stay Tune! PICR 2017 Dapat Sambutan Hangat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PICR 2017 Dapat Sambutan Hangat

IPOH: Lebih 2,000 pelumba termasuk dari dalam dan luar negara dijangka menyertai acara berbasikal lebuh raya ‘Perak International Century Ride (PICR) 2017’, pada 21 Mei depan.

Kayuhan sejauh 160 kilometer anjuran Kelab Berbasikal Le Velo itu akan bermula dan berakhir di Pusat Transformasi Luar Bandar di Gopeng dekat sini dengan melalui beberapa lokasi pelancongan seperti Gua Tempurung dan Kellie’s Castle.

Presiden kelab, Sharudin Not berkata sejak pendaftaran dibuka pada 16 Januari lalu, lebih 1,000 penyertaan diperoleh termasuk dari Jerman, Singapura, Brazil, Thailand, Indonesia, Brunei, Australia, Jepun, Vietnam dan Korea Selatan.

“PICR semakin dikenali dan menjadi pilihan nombor satu peminat sukan lumba basikal dalam dan luar negara kerana kejayaan penganjuran pada edisi 2015 dan 2016,” katanya kepada media di sini hari ini.

Lima kategori dipertandingkan iaitu Lelaki dan Wanita Terbuka, Remaja dan Senior Veteran serta junior dan pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web event.howei.com.

Perlumbaan itu turut mendapat sokongan kerajaan negeri, Tourism Perak, syarikat telekomunikasi RedONE serta Hotel Symphony. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nr2I5z

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.