Soufi, Nor Hashimah Hampiri Kejuaraan Dunia
KUALA LUMPUR: Dua wakil boling padang negara, Soufi Rusli dan Nor Hashimah Ismail mara ke separuh Kejohanan Perseorangan Piala Dunia di Kelab Warilla Bowls dan Rekreasi di New South Wales, Australia, hari ini.
Nor Hashimah, 45, menewaskan Ronalyn Greenlees dari Filipina 10-6, 8-5 dalam perlawanan play-off wanita untuk mara ke separuh akhir menentang pemain New Zealand, Jo Edwards, esok, demikian menurut laman web World Bowls www.worldbowls.com.
Edwards yang juga juara dunia empat kali, mara terus ke separuh akhir selepas menduduki tangga teratas pusingan awal.
Soufi pula menerima tentangan sengit daripada Pierre Breitenbach dari Afrika Selatan sebelum menang 3-12, 11-4, 3-1 dalam perlawanan play-off lelaki.
Soufi akan menentang Ali Forsyth dari New Zealand di separuh akhir esok, selepas lawan itu secara automatik mara dengan menduduki tangga teratas pusingan awal.
Sebagai rekod, Malaysia pernah mengungguli kategori lelaki dan wanita kejohanan tahunan ini, masing-masing menerusi Safuan Said pada 2008 dan Siti Zalina Ahmad pada 2015. – BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mZAV9m✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment