70,000 dijangka hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PM dan jemaah menteri
TImbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Othman Mahmood berkata rumah terbuka itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 4 petang.
Beliau berkata selain menikmati pelbagai juadah yang disediakan, orang ramai juga berpeluang bersalaman dengan Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
"Pelbagai juadah antaranya masakan Melayu, Cina, India dan juga makanan vegetarian akan disediakan. Tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan artis jemputan khas," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan akhir majlis itu hari ini.Othman berkata bagi kemudahan orang ramai, perkhidmatan bas secara percuma disediakan dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra.
Beliau berkata trak Nestle Milo juga disediakan untuk para pengunjung yang menaiki bas di lokasi-lokasi tersebut.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tFev06
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment