Hi! Welcome Back and Stay Tune! Thailand perketat kawasan sempadan susulan bertambah aktiviti militan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Thailand perketat kawasan sempadan susulan bertambah aktiviti militan

BANGKOK: Thailand memperketat kawalan di sepanjang Sungai Golok yang memisahkan Narathiwat dan Kelantan setelah mendapat maklumat bertambahnya aktiviti militan di selatan Thailand.

Komander Tentera Wilayah Keempat, Lt Jen Piyawat Nakwanich menafikan langkah itu dibuat kerana bimbangkan kemungkinan kumpulan militan Daish cuba membina tapak di selatan Thailand.

Thailand sentiasa menegaskan ia tidak menemukan sebarang bukti mengenai penyusupan Daish ke dalam negaranya.

"Ia diperketat susulan kami menerima maklumat berkaitan penyeludupan senjata api dan bahan letupan di selatan Thailand oleh puak militan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berharap dengan penempatan lebih banyak pasukan di sepanjang sempadan terutama di Sungai Golok, akan menghentikan penyeludupan senjata dan menyekat laluan bagi pihak militan menyeberang.

Selain bagi menangani isu penyeludupan senjata, pihak berkuasa Thai juga berharap tambahan anggota untuk meronda Sungai Golok akan memastikan kejadian 5 Mei lalu di Kampung Tok Jamu di Sungai Golok tidak akan berulang.

“Mereka (puak pemberontak) mengambil wayar (peledak) daripada kawasan kami ke sebelah sana (Malaysia) dan meletupkan alatnya,” katanya merujuk kejadian pada 6 petang (waktu tempatan) yang mencederkan lima anggota peronda sempadanThailand.

Piyawat juga menegaskan penempatan pasukan tambahan di sempadannya dengan Malaysia bukan merujuk kepada kenyataan bahawa seorang suspek Daish bersenjata Malaysia, Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi, 27, melarikan diri ke selatan Thailand bulan lalu.

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggemparkan pihak media Thailand yang bimbang kemungkinan terdapat hubungan operatif antara puak Daesh Malaysia dengan suasana yang berlaku di selatan Thailand.

Pihak Thailand kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa suspek tersebut telah keluar dari selatanThailand dan kembali ke Malaysia.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tFvG1S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.